Bekas ratu cantik kongsi kisah syahadah

Aliza Kim
Aliza Kim
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Miss Teen USA dan Miss Thailand, Aliza Kim yang kini sudah memeluk Islam akan berkongsi kisah syahadahnya dalam The Amin Idris Show jam 9.45 malam Ahad.

Dia yang lahir di Oklahoma, Amerika Syarikat berdarah kacukan Thailand-Amerika memeluk Islam di Malaysia pada 2011.

Aliza adalah graduan Kolej Boston dalam bidang ekonomi dan sosiologi serta menamatkan pengajian Sarjana dalam Perniagaan Antarabangsa di Universiti Denver.

Sebelum berhijrah, dia merupakan model, pelakon dan pengacara TV antarabangsa.

Pada masa ini, dia aktif sebagai penceramah inspirasi dan dakwah khususnya untuk orang bukan Islam dan mualaf.

Dalam program The Amin Idris Show, Aliza akan berkongsi cerita hijrahnya, pengalaman ke Palestin semasa beragama Kristian dan Islam serta kerjasama dengan aktivis kemanusiaan, Shaun King.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: