Mydin kongsi rezeki Ramadan

Pengunjung memenuhi ruang di Mydin cawangan USJ 1 untuk berbuka puasa beramai-ramai sempena Jelajah Iftar Ala Madinah Mydin pada Jumaat.
Pengunjung memenuhi ruang di Mydin cawangan USJ 1 untuk berbuka puasa beramai-ramai sempena Jelajah Iftar Ala Madinah Mydin pada Jumaat.
A
A
A

SUBANG JAYA - Program Jelajah Iftar Ala Madinah oleh Mydin Mohamed Holdings (Mydin) memberi peluang kepada komuniti setempat untuk menikmati keindahan berbuka puasa secara beramai-ramai dan merapatkan silaturahim.

Pengarah Eksekutifnya, Tuan Ahimmat Mydin berkata, ia bukan sahaja merapatkan ukhuwah sesama umat Islam tetapi juga memberi peluang kepada kaum lain untuk merasai pengalaman tersebut.

“Kita mahu merapatkan silaturahim masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama menerusi pemberian makanan percuma terutamanya dalam bulan mulia ini.

Tuan Ahimmat
Tuan Ahimmat

“Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan dan lebih 600 bungkus nasi habis.

“Kita juga sediakan aktiviti sementara menunggu waktu berbuka iaitu persembahan dan tazkirah daripada selebriti undangan antaranya Mawi, Pencetus Ummah (PU) Yeop dan PU Rahmat,” katanya ketika Majlis Pelancaran Jelajah Iftar Ala Madinah Mydin di cawangan USJ 1 di sini pada Jumaat.

Tuan Ahimmat (lima dari kiri) dan Airol Fadley (lima dari kanan) bersama penaja Jelajah Iftar Ala Madinah Mydin dan selebriti jemputan.
Tuan Ahimmat (lima dari kiri) dan Airol Fadley (lima dari kanan) bersama penaja Jelajah Iftar Ala Madinah Mydin dan selebriti jemputan.

Jelajah Iftar Ala Madinah akan turut berlangsung mengikut tarikh ditetapkan di enam cawangan lain iaitu Mydin Seremban 2 (Negeri Sembilan), Mydin MiTC (Melaka), Mydin Meru Raya (Perak), Mydin Bukit Mertajam (Pulau Pinang), Mydin Gong Badak (Terengganu) dan Mydin Tunjong (Kelantan).

Artikel Berkaitan:

Tambah Ahimmat, orang ramai yang berminat untuk menyertai program seterusnya di Mydin Seremban 2 pada 20 Mac ini boleh melayari media sosial Mydin dan mengimbas kod QR disediakan.

Tuan Ahimmat (kiri) dan Airol Fadley menyempurnakan gimik pelancaran Jelajah Iftar Ala Madinah Mydin di cawangan USJ 1 pada Jumaat.
Tuan Ahimmat (kiri) dan Airol Fadley menyempurnakan gimik pelancaran Jelajah Iftar Ala Madinah Mydin di cawangan USJ 1 pada Jumaat.

“Saya ingin mengajak mereka yang tinggal berdekatan cawangan lain untuk hadir dan merasai sendiri suasana berbuka puasa beramai-ramai. Daftar secepat mungkin kerana Mydin ada sediakan cenderamata istimewa bagi 500 orang terawal.

“Insya-ALLAH, tahun depan kita akan tambah dua hingga tiga cawangan lagi untuk program jelajah ini,” ujarnya.

Jimat kos beli juadah

Sementara itu, Pengurus Besar Jualan Iklan Sinar Harian, Airol Fadley Limin berkata, Ramadan merupakan bulan yang mengajar erti berkongsi rezeki bersama masyarakat sekeliling dengan memberikan sumbangan seperti makanan atau barangan keperluan.

Airol Fadley
Airol Fadley

“Kita harapkan program yang diadakan, dapat membantu mengurangkan tekanan komuniti yang sedang bergelut dengan ekonomi negara.

“Alhamdulillah, tahun ini adalah kali ketiga Sinar Karangkraf menjadi rakan kerjasama dalam program Jelajah Iftar Ala Madinah Mydin dan sambutan sangat memberangsangkan.

Suasana program Jelajah Iftar Ala Madinah Mydin di cawangan USJ 1 pada Jumaat.
Suasana program Jelajah Iftar Ala Madinah Mydin di cawangan USJ 1 pada Jumaat.

“Saya harap kita dapat kekalkan momentum itu di cawangan seterusnya supaya lebih ramai lagi dapat merasai peluang berbuka puasa beramai-ramai dan menikmati juadah istimewa yang disediakan oleh pihak Mydin,” kata beliau.

Seorang pengunjung, Raziman Syah Abd Rahim, 37, yang bekerja sebagai tentera udara mengakui, dia gembira dapat menyertai program tersebut kerana berpeluang untuk bertemu dengan ramai orang dan mengubat kerinduan kepada keluarganya yang berada di kampung.

Selebriti jemputan, Mawi membuat persembahan ketika pelancaran Jelajah Iftar Ala Madinah Mydin di cawangan USJ 1 pada Jumaat.
Selebriti jemputan, Mawi membuat persembahan ketika pelancaran Jelajah Iftar Ala Madinah Mydin di cawangan USJ 1 pada Jumaat.

Menurutnya, kemeriahan suasana Iftar Ala Madinah perlu dikekalkan dan diadakan dengan lebih kerap kerana membawa makna yang besar bagi anak perantauan, selain menjimatkan perbelanjaan membeli juadah berbuka puasa.

Suri rumah, Norhasleza Abd Rashid, 38, pula berkata, walaupun bukan kali pertama menyertai program berbuka puasa seperti itu tetapi dia tetap berasa teruja dan bersyukur kerana berpeluang untuk berbuka puasa bersama anak-anaknya di luar.

Jelajah Iftar Ala Madinah Mydin memberi peluang kepada komuniti setempat untuk menikmati keindahan berbuka puasa secara beramai-ramai dan merapatkan silaturahim.
Jelajah Iftar Ala Madinah Mydin memberi peluang kepada komuniti setempat untuk menikmati keindahan berbuka puasa secara beramai-ramai dan merapatkan silaturahim.

“Saya ada menyertai Iftar Ala Madinah di Karangkraf sebelum ini. Kebetulan saya nampak iklan mengenai program anjuran Mydin ini. Memandangkan ia berdekatan rumah, jadi saya terus daftar dan hadir bersama dua anak saya dan jiran.

“Program sebegini memang bagus jika diadakan selalu, harap lebih banyak lokasi dan banyak pihak lain akan turut menganjurkan aktiviti ini supaya lebih ramai orang akan mendapat manfaat daripadanya pada masa akan datang,” katanya.