PHB bersyukur pertama kali sertai Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024

Pengurus Besar Strategi Korporat PHB, Muhammad Zikri Kamardin (kanan) bersama kakitangan PHB mengedarkan bungkusan menu berbuka puasa kepada orang ramai yang hadir pada program Iftar Ala Madinah@Karangkraf pada Jumaat.
Pengurus Besar Strategi Korporat PHB, Muhammad Zikri Kamardin (kanan) bersama kakitangan PHB mengedarkan bungkusan menu berbuka puasa kepada orang ramai yang hadir pada program Iftar Ala Madinah@Karangkraf pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) menyumbangkan 500 bungkusan makanan pelbagai hidangan buat pengunjung Iftar Ala Madinah di pekarangan Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Jumaat.

Pengurus Besar Strategi Korporat PHB, Muhammad Zikri Kamardin berkata,tahun ini merupakan kali pertama pihaknya menyertai program sedemikian dan menyampaikan sumbangan tersebut bagi meraikan umat Islam menjalani ibadah puasa sempena Ramadan.

Malah menurut beliau, penganjuran iftar tersebut memberikan peluang buat pihaknya untuk memperkenal dan mengetengahkan lagi produk unit amanah saham syarikat berkenaan iaitu Amanah Hartanah Bumiputera (AHB).

​​​​​​​ MUHAMMAD ZIKRI
​​​​​​​ MUHAMMAD ZIKRI

“Kami turut membuka reruai yang mana pengunjung boleh hadir dan ketahui lebih lanjut mengenai AHB.

“Setiap pengunjung berpeluang membawa pulang pelbagai cenderahati menarik menerusi aktiviti yang disediakan selain berpeluang memenangi hadiah misteri.

“AHB adalah unit amanah patuh syariah berlandaskan hartanah yang pertama di Malaysia di mana pemegang unit menikmati pendapatan stabil dan konsisten melalui pelaburan ini.

Artikel Berkaitan:

“Dalam tempoh lima tahun lepas AHB memberikan pengagihan pendapatan sebanyak lima peratus kepada pemegang unit dan yang amat penting modal pelaburan ini dilindungi sepenuhnya di mana harga seunit kekal sebanyak RM1.00,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Muhammad Zikri turut teruja melihat sambutan memberangsangkan daripada pengunjung yang hadir pada program Iftar Ala Madinah@Karangkraf yang mencecah lebih 2,000 orang.

Muhammad Zikri (kiri) bersama kakitangan PHB dan pengunjung Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024, di sini pada Jumaat.
Muhammad Zikri (kiri) bersama kakitangan PHB dan pengunjung Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024, di sini pada Jumaat.

Program Iftar Ala Madinah yang bermula dari 13 Mac hingga 4 April itu terbuka kepada1,000 tetamu sehari bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman berbuka puasa seperti di Masjid Nabawi, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri; Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Aset PHB, Zulkifli Ishak; Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah, Ketua Projek Iftar Ala Madinah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Grup Buku Karangkraf, Firdaus Hussamuddin; Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf Sdn Bhd, Farah Hussamuddin; barisan kakitangan PHB serta pelajar Maahad an-Nabawi Seksyen 8.

Orang ramai menyertai aktiviti yang disediakan di reruai PHB yang menawarkan banyak cenderahati menarik.
Orang ramai menyertai aktiviti yang disediakan di reruai PHB yang menawarkan banyak cenderahati menarik.

Dalam pada itu, Muhammad Zikri selaku wakil PHB berterima kasih kepada warga kerja Karangkraf kerana menyediakan program berkenaan yang kini memasuki tahun keempat dan sentiasa komited dalam menyantuni masyarakat terutamanya golongan kurang berkemampuan dengan memberikan juadah berbuka puasa percuma.

Tambah beliau, dalam masa sama, ia menjadi platform terbaik bagi menggalakkan lebih banyak syarikat korporat untuk terlibat sama memberikan sumbangan kepada komuniti setempat.

“Di bulan Ramadan ini, PHB juga bakal menyantuni warga emas terpinggir dan terabai yang mana kami memasak serta menyediakan juadah iftar.

“Selain itu, kami hadiahkan baju raya baharu untuk meraikan persiapan mereka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri akan datang,” ujarnya lagi.