Selangor mahu jadi negeri selamat bagi kanak-kanak

Amirudin (kanan) turut memuat naik gambar bersama Fadhlina, Azlina dan Wan Azizah ketika Konvensyen Kebangsaan Mengenai Perlindungan Murid Daripada Eksploitasi Seksual di Shah Alam.
Amirudin (kanan) turut memuat naik gambar bersama Fadhlina, Azlina dan Wan Azizah ketika Konvensyen Kebangsaan Mengenai Perlindungan Murid Daripada Eksploitasi Seksual di Shah Alam.
A
A
A

SHAH ALAM - Selangor berhasrat untuk menjadi sebuah negeri selamat yang didiami semua terutama bagi kanak-kanak, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau sehubungan itu berkata, semua pihak harus berikhtiar dan berusaha agar mengatasi ancaman terhadap anak-anak terutama di era digital ini.

"Tidak kira di mana ancaman ini berlaku, di sekolah, di rumah, mahu pun di luar, semua pihak yang mempunyai maklumat sebarang insiden gangguan atau eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak harus melaporkan segera kepada penguat kuasa.

"Kelakuan negatif ini tidak harus dipandang remeh kerana ia berpotensi memberi kesan buruk kepada psikososial dan emosi kanak-kanak yang sudah pasti akan memberi kesan serta trauma jangka panjang yang sukar dipulihkan," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Ahad.

Pada Sabtu, Menteri Besar menghadiri Konvensyen Kebangsaan Mengenai Perlindungan Murid Daripada Eksploitasi Seksual dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Jubli Perak di sini.

Turut hadir, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail.

Amirudin Shari
Amirudin Shari

Dalam pada itu, menurut Amirudin, kerajaan turut memainkan peranan penting bagi meyakinkan masyarakat bahawa keselamatan semua, terutamanya kanak-kanak dan wanita serta usaha membanteras eksploitasi dan keganasan berunsur seksual.

Artikel Berkaitan:

"Saya yakin Selangor akan mengorak langkah dalam usaha ini dan ia dapat dibuktikan melalui pelaksanaan Konvensyen Kebangsaan Perlindungan Murid di Shah Alam," ujarnya

Beliau berkata, kerjasama kerajaan negeri dan Persekutuan, terutamanya Kementerian Pendidikan dan Bahagian Undang-Undang dan Reformasi Institusi di Jabatan Perdana Menteri amat penting untuk mengukuhkan hasrat itu.

"Saya berterima kasih kepada Datuk Seri Azalina Othmad Said, Menteri Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi dan Yang Berhormat Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan atas komitmen ini.

"Penghargaan khas buat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang berkongsi pendapat dan inisiatif yang harus disegerakan berkait pengalaman beliau selaku Timbalan Perdana Menteri wanita pertama yang turut memegang tanggungjawab sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat.

"Semoga usaha ini dapat membuahkan hasil, insya-ALLAH," ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!