MAIS peruntuk RM600,000 bantu kebajikan anak yatim Selangor

Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim di Kuala Langat.
Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim di Kuala Langat.
A
A
A

KUALA LANGAT - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sebanyak RM600,000 bagi membantu kebajikan anak-anak yatim di seluruh Selangor pada tahun ini.

Wang tersebut telah disalurkan ke Tabung Anak Yatim Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) untuk diagihkan kepada kumpulan kurang bernasib baik itu.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, sumbangan itu menunjukkan komitmen MAIS dalam membantu kebajikan anak yatim di seluruh negeri Selangor.

"Ia juga menunjukkan yang MAIS sangat menekankan hal ehwal kebajikan dan pengurusan anak-anak yatim dalam meneruskan kelangsungan hidup," menurut kenyataan dikongsikan di Facebook MAIS.

Tengku Amir Shah berkenan menyaksikan penyerahan cek sumbangan MAIS disampaikan oleh Abdul Aziz (dua dari kiri) kepada YIDE diwakili Mazlan (dua dari kanan).
Tengku Amir Shah berkenan menyaksikan penyerahan cek sumbangan MAIS disampaikan oleh Abdul Aziz (dua dari kiri) kepada YIDE diwakili Mazlan (dua dari kanan).

Pada Sabtu, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyaksikan penyerahan cek sumbangan tersebut disampaikan oleh Abdul Aziz mewakili MAIS kepada YIDE diwakili Pengerusinya, Tan Sri Mazlan Mansor di Masjid Nurul Iman, Batu 10, Kebun Baru, Telok Panglima Garang dekat sini.

Pada majlis sama, Tengku Amir Shah turut berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri bernilai RM87,900 kepada 586 anak-anak yatim di Kuala Langat.

Menerusi kenyataan sama, MAIS memaklumkan YIDE telah memperuntukkan sejumlah RM1.7 juta kepada 11,386 orang anak yatim bagi penyerahan sumbangan hari raya.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, dana sumbangan diberikan menerusi peruntukan Baitulmal MAIS kepada YIDE selaku anak syarikat MAIS yang bertanggungjawab mengurus dan menyelia hal ehwal kebajikan anak-anak yatim di negeri ini.

Anak yatim di Kuala Lamgat menunjukkan sumbangan Aidilfitri yang diterima.
Anak yatim di Kuala Lamgat menunjukkan sumbangan Aidilfitri yang diterima.

"Sebagai sebuah agensi Islam yang bertanggungjawab dalam menyantuni anak yatim, MAIS berharap bantuan tersebut dapat dimanfaatkan untuk pengurusan rumah anak yatim yang berdaftar di bawah YIDE.

"Di samping itu dapat memelihara kebajikan dan hal ehwal pengurusan anak yatim di negeri Selangor," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28