Remaja perempuan maut digilis lori

Seorang remaja maut selepas motosikal diboncengnya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Johor Bahru-Gelang Patah-Pendas, Iskandar Puteri, pada Jumaat.
Seorang remaja maut selepas motosikal diboncengnya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Johor Bahru-Gelang Patah-Pendas, Iskandar Puteri, pada Jumaat.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Seorang remaja perempuan maut digilis sebuah lori di Kilometer 33, Jalan Johor Bahru-Gelang Patah-Pendas, dekat sini pada Jumaat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Ibrahim Mat Som berkata, kemalangan jam 1.40 petang itu melibatkan motosikal Yamaha 135C dibonceng A Stela, 17, yang beralamat di Taman Sri Pulai, Skudai, Johor Bahru dengan sebuah lori Hino dipandu lelaki berusia 41 tahun.

"Kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggang remaja berusia 19 tahun bersama mangsa dari arah Gelang Patah telah melanggar tayar belakang sisi kiri lori berkenaan yang sedang membelok ke kiri.

"Pelanggaran itu mengakibatkan penunggang dan pembonceng terjatuh. Penunggang digilis pada bahagian kaki manakala pembonceng yang juga mangsa digilis di bahagian kepala," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang tersebut dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan.

"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi bahagian Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Iskandar Puteri menerusi talian 07-5101322.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!