Pesawat MH2664 berlegar tiga jam di udara - Penumpang

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pesawat Malaysia Airlines MH2664 ke Tawau pada Jumaat terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai kerana masalah teknikal.

Seorang penumpang, Sarinah Mat Kassim memaklumkan pesawat itu berlegar di udara selama tiga jam sebelum juruterbang memaklumkan terpaksa berpatah balik.

Menurutnya, penerbangan yang dinaikinya itu dijangka tiba di Tawau jam jam 4.30 petang, namun pada jam 4.50 petang juruterbang pesawat memaklumkan penerbangan terpaksa berpatah balik ke KLIA.

“Kami semua selamat mendarat kat KLIA dan penerbangan ke Tawau ditukar kepada pesawat lain dan berlepas semula ke destinasi jam 6.30 petang,” katanya kepada Sinar Harian.

Jelasnya, ini kejadian pertama menimpa dirinya sepanjang menggunakan khidmat penerbangan itu.

Difahamkan, pada 3 April 2022 pesawat yang sama juga pernah menghadapi masalah menyebabkan ianya terpaksa berpatah balik ke KLIA

Perkara tersebut disahkan Malaysia Airlines apabila pesawat itu melakukan penerbangan pusing balik disebabkan masalah teknikal pada pesawat tersebut, ditambah dengan cuaca buruk semasa dalam perjalanan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: