Penumpang 'tercampak', pesawat Latam Airlines alami masalah teknikal

Pesawat Latam Airlines mengalami masalah teknikal ketika penerbangan dari Sydney ke Auckland pada Isnin. Gambar hiasan
Pesawat Latam Airlines mengalami masalah teknikal ketika penerbangan dari Sydney ke Auckland pada Isnin. Gambar hiasan
A
A
A

WELLINGTON - Sebanyak 12 penumpang dimasukkan ke hospital selepas pesawat Latam Airlines mengalami masalah teknikal ketika penerbangan dari Sydney ke Auckland pada Isnin.

Menurut jurucakap syarikat penerbangan syarikat penerbangan Chile itu, masalah teknikal berlaku dalam pesawat berkenaan menyebabkan beberapa anak kapal dan penumpang cedera.

Sekurang-kurangnya seorang penumpang dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas penerbangan LA800 itu mengalami masalah ketika terbang di atas Laut Tasman.

“Ada beberapa orang penumpang yang tercampak ke siling disebabkan mereka tidak memakai tali pinggang keledar,“ kata seorang penumpang kepada media RNZ.

Seorang jurucakap syarikat penerbangan itu pula berkata, isu teknikal menyebabkan pesawat terbabit bergerak secara mengejut.

“(Mujur) pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Auckland seperti yang dijadualkan,“ ujarnya yang kesal dengan insiden itu sehingga mengundang masalah kepada setiap penumpang.

Dalam pada itu, AFP melaporkan Latam Airlines bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk merungkai masalah pesawat berkenaan yang membawa 263 penumpang dan sembilan kru. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: