CAAM sahkan penerbangan MH2664 ke Tawau patah balik

CAAM mengesahkan penerbangan Malaysia Airlines MH2664 yang dalam perjalanan ke Tawau pada pada Jumaat, berpatah balik ke KLIA. Gambar hiasan
CAAM mengesahkan penerbangan Malaysia Airlines MH2664 yang dalam perjalanan ke Tawau pada pada Jumaat, berpatah balik ke KLIA. Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan penerbangan Malaysia Airlines MH2664 yang dalam perjalanan ke Tawau pada pada Jumaat, berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud ketika dihubungi Bernama berkata, CAAM telah menerima laporan daripada Pusat Kawalan Trafik Udara (ATC) tentang insiden berkenaan.

"Saya dapat laporan daripada ATC. Laporan cuma cakap berpatah balik dan ‘tiada kejadian susulan’.

"Syarikat akan bagi laporan terperinci dalam masa 48 jam kepada CAAM,” katanya.

Berdasarkan maklumat dipaparkan laman web www.flightaware.com, penerbangan MH2664 dilaporkan berlepas jam 2.45 petang sebelum berpatah balik ke KLIA.

Pesawat itu dilaporkan berlegar-legar di ruang udara di Pahang sebelum tiba di KLIA jam 5.07 petang.

Setakat jam 8.30 malam, MAS masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai insiden itu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: