Operasi cari kru kapal hilang di perairan Singapura diaktifkan

Operasi mencari dan menyelamat seorang kru kapal dengan bendera Liberia, UTOPIA yang dilaporkan hilang di perairan Singapura sedang giat dijalankan.
Operasi mencari dan menyelamat seorang kru kapal dengan bendera Liberia, UTOPIA yang dilaporkan hilang di perairan Singapura sedang giat dijalankan.
A
A
A

SINGAPURA - Operasi mencari dan menyelamat seorang kru kapal dengan bendera Liberia, UTOPIA yang dilaporkan hilang di perairan Singapura sedang giat dijalankan.

Dalam satu kenyataan, Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata, Pusat Penyelarasan Menyelamat Maritim (MRCC) telah dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 3.30 pagi Jumaat.

"Bot daripada MPA, pengawal pantai polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura telah dikerah untuk mencari individu yang hilang dalam Had Pelabuhan Singapura,” katanya.

MPA juga mengeluarkan siaran keselamatan pelayaran serta meminta kapal-kapal di kawasan itu serta di pelabuhan supaya berhati-hati dan melaporkan kepada MRCC jika terlihat individu berkenaan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: