Polis buru pemandu tular langgar lampu merah, rempuh motosikal

Aksi pemandu terbabit dirakam menerusi kamera papan pemuka sebuah kenderaan lain sebelum tular di media sosial.
Aksi pemandu terbabit dirakam menerusi kamera papan pemuka sebuah kenderaan lain sebelum tular di media sosial.
A
A
A

KLANG - Aksi tular sebuah kereta dipandu secara berbahaya dengan melanggar lampu isyarat sebelum merempuh sebuah motosikal dekat Batu 2, Jalan Kapar di sini membawa padah apabila dia dikesan polis pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, video tular memaparkan kejadian itu dimuat naik menerusi Facebook sebelum dikesan pihaknya.

Menurutnya, video terbabit dipercayai dirakam menerusi kamera papan pemuka sebuah kenderaan lain dipercayai mengekori kenderaan terbabit dari arah belakang.

"Siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang, 12 Mac lalu melibatkan sebuah kenderaan jenis Honda berwarna merah yang dipandu dalam keadaan melulu dan berbahaya.

"Kenderaan berkenaan yang dilihat turut memotong beberapa kenderaan lain itu kemudiannya melanggar lampu isyarat merah di lokasi kejadian sebelum merempuh sebuah motosikal," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, siasatan mendapati ketika kejadian motosikal berkenaan datang dari arah jalan sebelum dirempuh kenderaan terbabit.

"Siasatan berkaitan kejadian ini dijalankan bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada Khamis, tular video memaparkan sebuah kenderaan dipandu dalam keadaan berbahaya sambil diekori sebuah kenderaan lain.

Rakaman video berdurasi 42 saat itu turut memaparkan kenderaan itu kemudiannya merempuh sebuah motosikal ketika melanggar lampu isyarat merah ketika kejadian.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

@sinarharianonline

Pemandu tular langgar lampu merah, rempuh motosikal Aksi tular sebuah kereta dipandu secara berbahaya dengan melanggar lampu isyarat sebelum merempuh sebuah motosikal dekat Batu 2, Jalan Kapar, Klang membawa padah apabila dia dikesan polis pada Khamis. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, video tular memaparkan kejadian itu dimuat naik menerusi Facebook sebelum dikesan pihaknya. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Tular #Viral #JalanRaya #Kemalangan #Pemandu

original sound - Sinar Harian