Serbu premis judi atas talian, tujuh lelaki ditahan

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menyerbu sebuah premis judi atas talian dan menahan tujuh lelaki termasuk pemilik premis di Taman Putera, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor SAC Kamaluddin Kassim berkata, serbuan yang dilakukan di premis yang merupakan sebuah kedai makan dilakukan pada jam 9.30 malam.

Katanya, kesemua yang ditahan berusia antara 19 hingga 46 tahun dan dua daripadanya merupakan pemilik premis tersebut.

"Turut dirampas semasa serbuan adalah pelbagai peralatan yang digunakan untuk kegiatan perjudian dan wang tunai berjumlah RM706 dan 30 dolar Singapura," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Sesyen 4B (a) dan Sesyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Mohd Khalil turut menegaskan, polis tidak akan berkompromi dalam apa jua jenis perjudian dan meminta agar masyarakat memberi bantuan dengan menyalurkan maklumat agar kegiatan haram itu dapat dihapuskan sehingga ke akar umbi. - Bernama

Artikel Berkaitan: