Bayi dicampak dari kondominium: Polis rakam keterangan empat saksi

Laporan Sinar Harian pada 9 Mac lepas. Gambar kecil: Ku Mashariman
Laporan Sinar Harian pada 9 Mac lepas. Gambar kecil: Ku Mashariman
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis telah merakam keterangan empat individu bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi lelaki maut selepas dicampak dari tingkat atas sebuah kondominium di Sri Petaling di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, setakat ini, polis telah merakam keterangan empat saksi di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

"Setakat ini belum ada tangkapan, kita giat menjalankan pemeriksaan kamera litar tertutup di 12 lif termasuk lapan aras parkir bangunan berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pada Sabtu media melaporkan, polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan berhubung kejadian itu kira-kira jam 2.30 petang.

Bayi lelaki baru lahir yang masih bertali pusat itu dipercayai dicampak atau dibuang dari kedudukan yang tinggi sehingga mengakibatkan bahagian kepala pecah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: