Bayi dicampak dari kondominium: Polis rakam keterangan dua saksi

Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis telah merakam keterangan dua individu bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi lelaki maut selepas dicampak dari tingkat atas sebuah kondominium di Sri Petaling di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, dua individu itu merupakan saksi kejadian.

"Suspek masih belum dikenal pasti. Setakat ini, kita telah merakam percakapan dua saksi bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, bedah siasat terhadap bayi berkenaan akan dijalankan pada jam 2 petang ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Pada Sabtu media melaporkan, polis menerima panggilan daripada orang Awam memaklumkan berhubung kejadian itu kira-kira jam 2.30 petang.

Bayi lelaki baru lahir yang masih bertali pusat itu dipercayai dicampak atau dibuang dari kedudukan yang tinggi sehingga mengakibatkan bahagian kepala pecah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: