Maritim Malaysia lupus dadah RM1.04 juta

Pelupusan dadah dilakukan menggunakan kaedah pembakaran insinerator.
Pelupusan dadah dilakukan menggunakan kaedah pembakaran insinerator.
A
A
A

MELAKA - Dadah dianggarkan bernilai lebih RM1.04 juta yang dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, dalam operasi sebelum ini dilupuskan.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohd. Khairi Abd. Aziz berkata, pelupusan dadah jenis Methamphetamine seberat 26 kilogram itu dilakukan dengan kerjasama Medivest Sdn. Bhd.

"Maritim Malaysia telah menerima perintah rasmi Mahkamah untuk dilucut hak setelah kes berkenaan selesai dibicarakan sebelum pelupusan dadah dilaksanakan.

"Kesemua dadah tersebut adalah hasil rampasan yang dilakukan oleh Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan sepanjang tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.

Jelasnya, pelupusan dadah dilakukan menggunakan kaedah selamat dengan pembakaran insinerator yang diuruskan oleh Medivest.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: