Realisasikan impian pelancongan anda dengan Time To Fly Singapore Airlines

No Image Caption
A
A
A

Anda sudah ada perancangan untuk bercuti ke luar negara tahun ini? Ke mana destinasi percutian anda tahun ini, ke China, Eropah atau Australia? Pastinya dalam perancangan cuti-cuti anda itu, bajet untuk tiket penerbangan jadi item nombor satu dalam senarai yang perlu anda selesaikan.

Sebenarnya tiket penerbangan mahal atau murah bergantung kepada perancangan percutian awal. Jika anda membuat pembelian awal tiket penerbangan, anda akan dapat tiket yang lebih murah dan penjimatan itu boleh anda gunakan pula untuk membeli belah atau menikmati pengalaman lain di destinasi pelancongan pilihan anda nanti.

Singapore Airlines (SIA) ada jawapan tepat untuk menyelesaikan impian pelancongan dan tiket penerbangan anda itu. Time To Fly oleh SIA kini kembali untuk anda terbang bersama mereka yang tersayang ke destinasi pelancongan pilihan anda.

Time To Fly yang bermula pada 13 Mac ini menawarkan destinasi pelancongan yang meluas bersama diskaun eksklusif dan tawaran hebat daripada Singapore Airlines dalam tempoh tertentu sahaja untuk tahun ini.

Berita baik tambahan untuk pelanggan yang membuat pembayaran melalui kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express® Platinum dan Gold, anda boleh menikmati ganjaran bonus perjalanan pula.

Dengan memilih tawaran hebat Time To Fly ini, anda bukan sahaja boleh terbang dengan selesa dari Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dengan Singapore Airlines, tetapi juga menaiki penerbangan daripada mana-mana lapangan terbang yang Scoot memiliki operasi seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh, Kota Kinabalu, Kuantan, Kuching, Langkawi atau Miri.

Singapore Airlines menjanjikan pengalaman penerbangan jarak jauh yang selesa untuk anda tiba di destinasi pelancongan impian anda. Malah anda akan menikmati pengalaman transit yang tak dapat dilupakan di lapangan terbaik di dunia, Changi Airport.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menikmati pelbagai diskaun menarik dan pengalaman melancong yang menakjubkan melalui platform Pelago apabila anda memilih untuk menempah tiket penerbangan melalui Time To Fly ini.

Artikel Berkaitan:

Para pelanggan juga dapat menikmati ‘Bonus Miles’ jika membuat pembelian tiket penerbangan dengan menggunakan kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express® Platinum dan Gold oleh Maybank. Walaubagaimanapun, promosi ini adalah terhad kepada 380 pelanggan pertama sahaja.

Apa yang pasti kesemua impian percutian anda mampu direalisasikan dan bakal dimulakan dengan pengalaman menakjubkan bersama Singapore Airlines!

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Time To Fly ini boleh klik singaporeair.com/my

Tips berguna untuk pelancongan Muslim

Sambil-sambil anda menyediakan ‘check list’ untuk anda melancong nanti, anda juga boleh baca tips pelancongan untuk Muslim yang mungkin bakal beri manfaat kepada anda.

Perjalanan mungkin tidak menjadi lebih mudah bagi seseorang Muslim tetapi dengan adanya tip-tip akan sangat berguna ketika melawat destinasi baru.

Terdapat beberapa isu yang harus ditangani pelancong Islam di destinasi yang berbeza ketika datang ke surau, makanan halal dan sebagainya.

Mari kita lihat beberapa tips untuk pelancong Muslim yang disenaraikan di bawah ini untuk percutian yang lebih selesa.

Selidik Makanan Halal dan Tempat Tinggal

Cara terbaik untuk mempunyai pengalaman perjalanan Muslim adalah melakukan banyak penyelidikan sebelum pergi untuk perjalanan anda. Lakukan banyak penyelidikan dalam talian di mana makanan halal dan penginapan mesra Muslim dapat dijumpai.

Masjid Tempatan

Ini mungkin salah satu petua perjalanan yang paling penting setiap pengembara muslim perlu tahu. Berkomunikasi dengan orang-orang di masjid tempatan bukan sahaja cara terbaik untuk mencari restoran dan kemudahan makanan halal, tetapi juga cara yang baik untuk berinteraksi dengan orang Islam yang lain. Anda juga mungkin mengetahui lebih banyak tentang tempat dan tarikan tempatan yang terbaik untuk dikunjungi.

Guna aplikasi Perjalanan Muslim

Simpan masa dan tenaga anda dengan guna aplikasi perjalanan untuk pelancong Islam yang akan membantu anda mencari perkara yang paling penting yang anda perlukan. Aplikasi ini sangat berguna apabila mencari arah kiblat, mencari restoran halal atau masjid tempatan dan juga ayat Al-Quran.

Waktu Solat

Sebelum memulakan perjalanan anda, cari lokasi masjid terdekat atau bilik sembahyang di lapangan terbang – serta waktu solat tempatan. Aplikasi perjalanan untuk pelancong Muslim dan Google Maps sangat berguna. Anda boleh elakkan waktu pembaziran dengan memeriksa masa dan jarak yang diperlukan untuk mencari masjid atau kemudahan lain. Di sinilah aplikasi perjalanan untuk pelancong Muslim dan Peta Google akan berguna.

Bawa pakaian solat

Tips perjalanan yang berguna untuk wanita Islam adalah untuk membawa lebih pakaian solat untuk bersiap sedia untuk sembahyang sekiranya dah masuk waktu.