Nasi goreng daun pisang penuh aroma

Pelanggan berpuas hati dengan hidang nasi goreng daun pisang serta menu lain yang menggunakan daun pisang.
Pelanggan berpuas hati dengan hidang nasi goreng daun pisang serta menu lain yang menggunakan daun pisang.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebut sahaja nasi goreng, pasti kita terbayang hidangan nasi yang digoreng dengan pelbagai rencah seperti, hirisan ayam, daging, ikan, sotong, telur selain sayur-sayuran mengikut citarasa sendiri.

Kini, hidangan nasi goreng bertambah lazat apabila dihidangkan dengan beralas daun pisang yang sekali gus menaikkan lagi ‘aroma’ nasi goreng tersebut.

Justeru, tidak hairanlah jika menu nasi goreng daun pisang ini mendapat sambutan daripada orang ramai sebagai juadah berbuka puasa pada Ramadan kali ini.

Che Mad menunjukkan daun pisang segar yang digunakan bagi membungkus nasi goreng seafood.
Che Mad menunjukkan daun pisang segar yang digunakan bagi membungkus nasi goreng seafood.

Mengulas mengenai resipi nasi goreng berkenaan, tukang masak Restoran Nasi Goreng Stulang, Johor Bahru, Che Mad Mohd Nor, 30, berkata, sebenarnya resipi berkenaan merupakan resipi nasi goreng seafood (makanan laut).

Katanya, hidangan nasi goreng berkenaan turut mengandungi udang, sotong dan sebagainya yang dimasak segar sebaik dihantar oleh pembekal.

Nasi goreng daun pisang.
Nasi goreng daun pisang.

“Setelah nasi siap dimasak (goreng) dengan rencah-rencah tadi, ia akan diletakkan dalam daun pisang dan dibungkus seketika sebelum dihidangkan kepada pelanggan.

Artikel Berkaitan:

“Bagi pesanan luar (bungkus), ia juga akan melalui proses yang sama di mana nasi yang siap digoreng akan dibungkus dalam daun pisang dan diserahkan kepada pelanggan dan daun pisang ini juga merupakan daun pisang yang diimport dari Thailand, Indonesia dan Vietnam yang dihantar sebanyak 10,000 setiap minggu kepada kami.

“Menariknya, apabila bungkusan daun pisang ini dibuka, aroma nasi goreng yang dihidangkan panas-panas serta aroma daun pisang yang dihasilkan cukup membangkitkan selera,” katanya.

Nasi goreng yang siap dimasak disusun ke dalam daun pisang sebelum dibungkus untuk dihidangkan.
Nasi goreng yang siap dimasak disusun ke dalam daun pisang sebelum dibungkus untuk dihidangkan.

Tambah Che Mad, cara penyediaan nasi goreng berkenaan juga seringkali menarik perhatian pelanggan ketika dimasak.

Katanya, nasi berkenaan akan dimasak atau digoreng sehingga sebati dalam periuk khas. Setelah dimasak dan kesemua rendah sebati, ia dilambakkan semula di atas dapur yang panas sebelum nasi goreng berkenaan dibungkus menggunakan daun pisang sebelum dihidangkan kepada pelanggan.

“Untuk sekali masak (nasi goreng), kami boleh sediakan 15 hingga 30 hidangan. Selain nasi goreng, kami juga ada menu-menu lain seperti ikan bakar, sotong bakar, udang bakar, sayur kangkung goreng belacan dan makanan-makanan laut lain..tetapi kesemua makan itu akan dibungkus dengan daun pisang sebelum dihidangkan.

“Pada bulan puasa ni, kami tidak ada di bazar Ramadan, tetapi restoran kami dibuka dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam dan sebagai makluman kami tidak menyediakan juadah untuk bersahur,” katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28