PDRM umum pertukaran empat pegawai kanan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Urusetia Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Asisten Komisioner Azman Shari’at dilantik sebagai Ketua Polis Daerah KLIA berkuat kuasa 15 April ini.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Alzafny Ahmad menerusi kenyataan pada Selasa memaklumkan, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin bakal mengisi jawatan yang dikosongkan Azman.

Beliau berkata, pelantikan itu merupakan sebahagian daripada pertukaran membabitkan empat pegawai kanan PDRM di seluruh negara berkuat kuasa tarikh yang sama.

Turut bertukar ialah Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor yang dilantik sebagai Penolong Pengarah Siasatan dan Pemantauan, Bahagian Kawalan Kredit Komuniti, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan di Putrajaya.

Pertukaran turut melibatkan Penolong Pengarah Perkhidmatan (Rekod Personel) Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail yang dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Wangsa Maju. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: