259,000 murid, pelajar di Pahang mula sekolah hari ini

Azman (berdiri, lima dari kiri) bersama murid tahun satu SK Indera Mahkota Utama pada Isnin.
Azman (berdiri, lima dari kiri) bersama murid tahun satu SK Indera Mahkota Utama pada Isnin.
A
A
A

KUANTAN - Seramai 259,000 pelajar melibatkan 541 sekolah rendah dan 198 menengah di seluruh Pahang memulakan sesi persekolahan 2024/2025 pada Isnin.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang, Amzan Abd Malek berkata, daripada jumlah itu, seramai 16,192 murid pra sekolah, Tahun Satu (24,978) manakala Tingkatan Satu (24,052).

"Bagi negeri Pahang, data tepat kemasukan pelajar masih belum stabil sebab masih ada yang keluar dan masuk sekolah.

"Data akan stabil dalam tempoh sebulan atau dua (sesi persekolahan). Jadi, setakat ini jumlah keseluruhan lebih kurang 259,000 hingga 260,000 bagi kesemua sekolah termasuk pra sekolah dan tingkatan enam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan bersempena Pembukaan Sekolah Sesi Akademik 2024/2025 di Sekolah Kebangsaan (SK) Indera Mahkota Utama pada Isnin.

Seramai 170 murid tahun satu di SK Indera Mahkota Utama dan pra sekolah pula seramai 50 murid.

Azman ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan bersempena Pembukaan Sekolah Sesi Akademik 2024/2025 di Sekolah Kebangsaan (SK) Indera Mahkota Utama pada Isnin.
Azman ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan bersempena Pembukaan Sekolah Sesi Akademik 2024/2025 di Sekolah Kebangsaan (SK) Indera Mahkota Utama pada Isnin.

Menjawab persediaan Ramadan, Azman mengingatkan ibu bapa dan guru mengutamakan kesihatan dan keselamatan murid sepanjang sesi persekolahan.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, pelajar dan murid perlu memastikan keselamatan diri mereka ketika datang dan balik ke sekolah.

“Bila berkaitan dengan cuaca ini, kita juga berhadapan dengan cuaca panas jadi inilah perkara yang perlu diutamakan bukan sahaja guru-guru tetapi juga ibu bapa.

"Pastikan nutrisi anak-anak cukup, bersahur dan pesan kepada mereka supaya tidak bermain di tempat panas dan sebagainya,” kata beliau lagi.

Dalam pada itu, Azman trut meminta ibu bapa yang memiliki anak yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) agar memastikan mereka melakukan persediaan lebih awal.

“Kita sekarang sudah tak ada peperiksaan dari darjah satu. Kita hanya ada SPM. Pastikan mereka bersedia dari awal.

"Mula dari sekolah ini hinggalah peperiksaan yang akan mereka hadapi pada tahun hadapan. Mula dari sekarang sebab inilah peperiksaan keutamaan bagi mereka untuk survival hidup mereka selepas ini," jelasnya.

Selain itu, beliau berharap agar tahun ini menjadi tahun gemilang buat pendidikan negeri Pahang sama ada dari segi akademik mahupun kokurikulum.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!