Kurikulum tak terjejas bila sesi persekolahan kembali bermula Januari 2026

Ibubapa mengiringi anak-anak mereka untuk mendaftar pada hari pertama pembukaan sekolah sesi akademik 2024/2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail pada Ahad. Foto Bernama
Ibubapa mengiringi anak-anak mereka untuk mendaftar pada hari pertama pembukaan sekolah sesi akademik 2024/2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail pada Ahad. Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kurikulum sekolah pada tahun ini tidak akan terjejas berikutan langkah untuk mengembalikan semula sesi baharu persekolahan kepada Januari pada 2026.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, ibu bapa diminta untuk tidak berasa bimbang dengan penyusunan semula jadual sesi persekolahan yang dilaksanakan.

"Apabila kita menjajarkan sesi persekolahan untuk pastikan boleh kembali kepada sesi persekolahan Januari sehingga Disember, kurikulum kita tidak terjejas.

"Ia dilaksanakan seperti biasa cuma mungkin ada perubahan sedikit berkaitan tempoh cuti penggal persekolahan yang kita pendekkan,” katanya pada sidang media selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail di sini pada Ahad.

Azman berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada sesi persekolahan tahun ini akan padat memandangkan sesi persekolahan akan kembali bermula Januari pada 2026.

Beliau berkata, jumlah hari persekolahan akan kembali seperti biasa iaitu 190 hari setahun sekiranya sesi persekolahan kembali kepada asal.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sebelum ini berkata, sesi baharu persekolahan akan kembali diawalkan pada Januari bermula 2026 dan berikutan itu kawalan terhadap kalendar akademik persekolahan bagi sesi 2024/2025 pada Februari 2025 dilaksanakan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: