Bagnaia laung amaran awal

Dari kiri: Martin, Bagnaia dan Binder penamat podium di MotoGP Qatar. Foto Agensi
Dari kiri: Martin, Bagnaia dan Binder penamat podium di MotoGP Qatar. Foto Agensi
A
A
A

JUARA dunia dua kali, Francesco Bagnaia melaungkan amaran awal apabila menjuarai perlumbaan MotoGP Qatar di Litar Antarabangsa Lusail, pada Ahad.

Pelumba Ducati itu memulakan perlumbaan dari petak kelima berada dalam kelas tersendiri apabila menguasai perlumbaan pembuka tirai musim baharu tersebut.

Tempat kedua menjadi milik Brad Binder dari pasukan KTM diikuti Jorge Martin (Ducati-Pramac) ketiga.

"Kami cuba melakukan yang maksimum kerana mengetahui sesuatu yang penting perlu diubah untuk perlumbaan hari ini.

"Selepas memanaskan badan hari ini jentera benar-benar berbeza dengan semalam," kata Bagnaia selepas kemenangan pertamanya di Litar Antarabangsa Lusail itu.

Sementara itu, Marc Marquez menduduki tempat keempat pada penampilan sulungnya bersama Gresini Racing mengunakan jentera Ducati selepas perpindahan daripada Honda.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: