Netanyahu arah penjara Israel bersedia terima 'ribuan' tahanan baharu

Benjamin Netanyahu
Benjamin Netanyahu
A
A
A

TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan Menteri Pertahanan, Keselamatan Negara dan Kewangannya untuk membuka ruang di penjara Israel sebagai persediaan untuk penangkapan 'ribuan' lagi rakyat Palestin tahun ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Pejabat Perdana Menteri berkata, tentera dan agensi keselamatan dalaman Shin Bet telah menilai bahawa ramai lagi akan ditangkap di Gaza dan Israel akan kehabisan ruang penjara jika ia tidak melakukan sesuatu sekarang.

Kira-kira 4,000 rakyat Palestin telah pun ditangkap sejak permulaan perang Oktober - kebanyakannya di Gaza - katanya, mendorong keperluan 'mendesak' ini untuk persiapan.

Rejiom Zionis juga menahan beribu-ribu rakyat Palestin dalam tahanan pentadbiran tanpa proses yang sewajarnya kehakiman dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan lain-lain telah mendokumentasikan banyak kejadian penyeksaan di penjara Israel. - Al Jazeera

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: