'Rasa macam baru berbual dengan mak'

Ahli keluarga mangsa menunggu di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.
Ahli keluarga mangsa menunggu di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Suasana hiba menyelubungi pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh di sini, apabila ahli keluarga mangsa kemalangan maut di Kilometer 448.0 Lebuhraya Utara Selatan awal pagi tadi berkumpul menunggu jenazah mangsa.

Difahamkan, keempat-empat mangsa dalam proses bedah siasat sebelum jenazah dibawa pulang keluarga untuk dikebumikan di Sekinchan.

Anak kepada salah seorang mangsa, Salmah Othman, 56, berkata, dia tidak menyangka tragedi itu menimpa keluarganya.

"Saya rasa macam baru saja berbual dengan mak (Asiah Mat). Arwah tak menunjukkan perubahan apa-apa sewaktu kami bertemu bulan lepas.

"Memang terkejut dengan kejadian ini, namun saya reda dengan apa yang berlaku ini," katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, empat sekeluarga termasuk seorang bayi perempuan maut dalam kemalangan di Kilometer 448.0 Lebuhraya Utara Selatan di sini awal pagi tadi.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Asiah Mat, 74, anaknya, Ruzi Osman, 54, menantu Ruzi iaitu Ain Fazira Mohd Yazid, 25, dan anak Ain Fazira, Nur Tiara Arisha Mohamad Taslim, 9 bulan.

Suami Ain Fazira, Mohamad Taslim Jamsari, 31, cedera dalam kejadian itu.

Artikel Berkaitan:

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, kemalangan yang berlaku kira-kira jam 12 malam itu melibatkan dua kenderaan iaitu Proton Satria dan Mitsubishi ASX yang dalam perjalanan ke arah selatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat termasuk bayi maut nahas dua kenderaan

Hasrat ziarah cucu tak kesampaian