Polis buru lelaki ragut rantai leher di Lukut

Suspek dilihat meragut rantai leher lelaki berusia 32 tahun. Foto media sosial
Suspek dilihat meragut rantai leher lelaki berusia 32 tahun. Foto media sosial
A
A
A

PORT DICKSON - Polis giat memburu penunggang motosikal yang meragut rantai leher seorang lelaki dalam kejadian di Pekan Lukut, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson,Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, tular video berdurasi 46 saat pada jam 5.52 petang di Facebook menunjukkan suspek seorang lelaki terjatuh selepas melakukan jenayah tersebut.

"Siasatan mendapati kejadian berlaku di tepi jalan hadapan sebuah kedai makan di Pekan Lukut melibatkan mangsa seorang lelaki berumur 32 tahun.

"Kejadian tersebut berjaya dirakam oleh seorang pemilik kereta melalui papan pemuka kereta dan cuba mengejar suspek tetapi gagal," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Suspek terjatuh selepas berpatah semula ke lokasi. Foto media sosial
Suspek terjatuh selepas berpatah semula ke lokasi. Foto media sosial

Video tular berkenaan memaparkan suspek dilihat mundar-mandir sekitar lokasi dengan menunggang motosikal sebelum meragut rantai leher mangsa.

Suspek kemudiannya memecut motosikalnya sebelum berpatah semula lalu terjatuh dan melarikan diri.

Aidi Sham berkata, suspek telah melarikan diri ke kawasan perumahan berdekatan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan oleh pihak polis.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta menyalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kes Inspektor Nurul Nabilah Kamal di talian 013-7488968 atau menghubungi Gerakan IPD Port Dickson di talian 06-6472222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

"Orang awam juga dinasihatkan supaya tidak menviralkan isu ini yang boleh mengganggu siasatan pihak polis," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!