Polis buru lelaki sengaja cetuskan kemalangan

Polis sedang memburu seorang lelaki yang didakwa sengaja mengakibatkan kemalangan jalan raya untuk menuntut ganti rugi.
Polis sedang memburu seorang lelaki yang didakwa sengaja mengakibatkan kemalangan jalan raya untuk menuntut ganti rugi.
A
A
A

GEORGE TOWN - Polis sedang memburu seorang lelaki yang didakwa sengaja mengakibatkan kemalangan jalan raya dengan tujuan mahu meminta wang kononnya sebagai ganti rugi daripada pemilik kereta yang terlibat dalam insiden terbabit.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada Disember lalu.

Menurutnya, sehingga kini pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian tersebut dan sedang berusaha mengesan suspek yang terlibat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Sebelum ini, tular di media sosial beberapa keping gambar serta video memaparkan seorang lelaki yang juga penunggang motosikal sengaja mencetuskan kemalangan dengan bertindak melanggar sebuah kereta sebelum mendakwa kesalahan itu berpunca daripada pemilik kereta tersebut.

Susulan pelanggaran itu, penunggang motosikal terbabit dikatakan meminta ganti rugi antara RM20 hingga RM60 daripada pemilik kereta terlibat dengan alasan cermin sisinya patah akibat insiden tersebut.

Lelaki terbabit didakwa kerap mencetuskan kemalangan sekitar jalan pusat bandar, Jalan Masjid Negeri, Bukit Gambir, Taman Lip Sin serta Taman Tun Sardon.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: