Pengunjung PJR 'buru' minyak masak peket, gula

Julia menunjukkan minyak masak peket antara yang menjadi buruan pengunjung PJR Madani di Padang Kawad PGA Kinarut, Papar.
Julia menunjukkan minyak masak peket antara yang menjadi buruan pengunjung PJR Madani di Padang Kawad PGA Kinarut, Papar.
A
A
A

PAPAR - Pelaksanaan Program Jualan Rahmah (PJR) Madani yang diadakan di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Kinarut di sini, memberi peluang kepada penghuni untuk mendapatkan minyak masak peket dan gula yang sukar didapati ketika ini.

Pencarian minyak masak peket dan gula disifatkan sebagai ibarat memburu 'emas' kerana sukar ditemui di pasar raya walaupun Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali telah menyatakan barangan tersebut ada di pasaran termasuk sebanyak 60 juta peket minyak dikeluarkan setiap bulan.

Menurut seorang pengunjung PJR tersebut, Julia Robert, 57, dia mengambil peluang untuk turun seawal jam 8 pagi bagi mendapatkan barangan keperluan rumah yang dijual dalam program tersebut.

"Hari ini saya dapat beli telur dua papan dan kicap, manakala barang seperti gula dan minyak masak peket umpama 'emas' agak sukar untuk mencarinya di kedai-kedai jadi kalau sudah ada depan mata, ambil terus.

Mohamad Faizal bersama keluarga datang untuk membeli barangan di PJR Madani di Padang Kawad PGA Kinarut, Papar.
Mohamad Faizal bersama keluarga datang untuk membeli barangan di PJR Madani di Padang Kawad PGA Kinarut, Papar.

"Untuk mendapatkan barang-barang ini saya terpaksa keluar awal memandangkan tiada yang menjaga anak-anak kerana suami bertugas di Tawau," katanya ketika ditemui pada PJR Madani di Padang Kawad PGA Kinarut, di sini pada Ahad.

Sementara itu, seorang lagi pengunjung Mohamad Faizal Mohd Ashaari, 33, mahu jualan barangan dalam PJR diperbanyakkan di tempat mereka dengan harga yang murah.

"Kalau di luar barang-barang makanan ini sudah meningkat naik jadi dengan adanya jualan di PJR bagi kami yang bergaji rendah bolehlah membantu mengurangkan bebanan perbelanjaan bulanan.

Artikel Berkaitan:

"Hari ini harga pun jauh lebih murah berbanding di luar terutama ketika umat Islam mahu menyambut Ramadan," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28