Tiada keperluan wujudkan kembali Tribunal Penjawat Awam - KSN

Mohd Zuki (tengah) menyampaikan bakul Ramadan kepada penerima, Adnan Bustaman (dua dari kanan) pada Majlis Pelancaran Kampung Angkat Madani di Dataran Banggol Cempedak hari ini. Foto Bernama
Mohd Zuki (tengah) menyampaikan bakul Ramadan kepada penerima, Adnan Bustaman (dua dari kanan) pada Majlis Pelancaran Kampung Angkat Madani di Dataran Banggol Cempedak hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, tiada keperluan untuk kerajaan mewujudkan kembali Tribunal Penjawat Awam.

Beliau berkata, segala perkara atau isu membabitkan penjawat awam boleh dirujuk dan terkandung dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam yang meliputi aspek perkhidmatan serta tadbir urus, manakala sebarang tindakan, pertikaian atau isu yang timbul berkaitan sesuatu perkara boleh dirujuk kepada pekeliling sedia ada.

"Memadai dengan Jawatankuasa Tatatertib yang ada. Pekeliling perkhidmatan awam juga sudah mencukupi," katanya pada sidang media Majlis Peluncuran Peneraju Transformasi Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman di sini hari ini.

Mohd Zuki berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia agar Tribunal Penjawat Awam, yang dimansuhkan pada 1 Januari 2000, diwujudkan kembali.

Tribunal itu ditubuhkan kerajaan di bawah Akta Tribunal Perkhidmatan Awam 1977 dengan peranan spesifik bagi menangani isu membabitkan saraan, terma dan syarat perkhidmatan susulan perubahan skim saraan. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: