Al-Quran penentu kemenjadian generasi masa depan

Forum “Pemuda Hari Ini, Pemimpin Hari Esok” dibarisi oleh Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Pagoh, Dr Arina Johari (duduk, dua kiri), Pengarah World #QuranConvention, Fiffy Nur Adila Mohamed Feroz (duduk ,dua kanan).
Forum “Pemuda Hari Ini, Pemimpin Hari Esok” dibarisi oleh Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Pagoh, Dr Arina Johari (duduk, dua kiri), Pengarah World #QuranConvention, Fiffy Nur Adila Mohamed Feroz (duduk ,dua kanan).
A
A
A

NILAI - Penghakisan nilai diri mengakibatkan gangguan terhadap kemenjadian sosial, seterusnya menjadikan masyarakat hilang punca untuk menyelesaikan konflik yang berlaku.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, reset harus berlaku kepada setiap lapisan masyarakat membabitkan ulama, umara' dan ummah atau 3U supaya berlakunya penyatuan, transformasi sosial dan penambahbaikan yang berterusan.

"Justeru, pihak WUIF menganjurkan program latihan kepada Young Muslim Leaders (YML) yang terdiri dalam kalangan mahasiswa universiti untuk melakukan transformasi sosial supaya mengembalikan masyarakat kepada ALLAH SWT.

"YML berpandukan Surah Al-Jumu’ah (62:1-11) sebagai solusi tertinggi daripada ALLAH SWT dalam melahirkan pemuda Muslim berjiwa pemimpin yang mengamalkan Surah Al-Jumu’ah secara teori dan praktikal," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan pada program Breakfast Talk Young Muslim Leaders, bertajuk “Pemuda Hari Ini, Pemimpin Hari Esok” di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini, pada Sabtu anjuran WUIF.

Antara peserta program Breakfast Talk Young Muslim Leaders.
Antara peserta program Breakfast Talk Young Muslim Leaders.

Ujarnya, matlamat YML adalah memberi peluang kepada peserta untuk terlibat dalam "MengQurankan" projek dan memulakan projek di universiti dengan bimbingan dan sokongan daripada Murabbi atau pensyarah universiti di hari Jumaat sepanjang 52 minggu 2024.

"Pihak WUIF menerapkan nilai-nilai al-Quran dalam aktiviti dan program secara progresif untuk membantu peserta memahami dan mengaplikasikan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, ilmu tadabbur, pembinaan legasi, dan kepentingan al-Quran sebagai panduan hidup digarapkan dalam setiap acara atau projek yang dijalankan," katanya.

Surah Al-Jumu’ah (Hari Jumaat) menjadi surah pilihan di sepanjang kempen #QuranHour tahun 2024 dalam membawa misi Ummah #GrandReset.

Tetamu, penganjur dan peserta terdiri daripada pensyarah, majlis perwakilan pelajar dan wakil hal ehwal pelajar dan akademik dari Universiti Antarabangsa Madinah (MEDIU), USIM, Universiti Sains Malaysia (USM) dan UIAM.
Tetamu, penganjur dan peserta terdiri daripada pensyarah, majlis perwakilan pelajar dan wakil hal ehwal pelajar dan akademik dari Universiti Antarabangsa Madinah (MEDIU), USIM, Universiti Sains Malaysia (USM) dan UIAM.

Hari Jumaat merupakan hari kebesaran ALLAH SWT, ia merupakan hari istimewa bagi umat Islam untuk mendidik jiwa dan membesarkan ALLAH SWT, penambahbaikan diri dan masyarakat harus berlaku pada setiap minggu sehingga mampu melakukan perubahan yang lebih baik.

Pengisian Breakfast Talk dimulakan dengan Ucapan Khas oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Pusat Hal Ehwal Pelajar USIM, Prof Datuk Dr Adnan Mohamed Yusoff, ia diikuti dengan sesi Ted Talk bertajuk “Ciri-ciri Pemimpin Muda Muslim”.

Bacaan Surah Al-Jumu’ah dibimbing oleh Qari USIM, Naufal Syakirin Shaifullahh dan ditadabbur oleh Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail.

Seterusnya, Forum “Pemuda Hari Ini, Pemimpin Hari Esok” dibarisi oleh Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Pagoh, Dr Arina Johari, Pengarah World #QuranConvention, Fiffy Nur Adila Mohamed Feroz.

Seramai 100 peserta terdiri daripada pensyarah, majlis perwakilan pelajar dan wakil hal ehwal pelajar dan akademik dari Universiti Antarabangsa Madinah (MEDIU), USIM, Universiti Sains Malaysia (USM) dan UIAM.

Turut sama, pelajar dari UIAM, Universiti Islam Selangor (UIS), USIM, Pusat Pendidikan Antarabangsa dalam Kewangan Islam (INCEL) dan Sekolah Menengah Agama Dato’ Klana Petra Maamor, Ampangan.

Projek YML telah dilancarkan pada World #QuranConvention, Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, Sepang, tahun lalu yang mana lebih 500 pelajar dari pelbagai institusi pengajian tinggi hadir untuk menyertai YML.

Antara objektif YML adalah melahirkan Pemuda Muslim berjiwa pemimpin yang mengamalkan Surah Al-Jumu’ah secara teori dan praktikal; menambah nilai diri melalui kebaikan yang terkandung dalam Surah Al-Jumu’ah dengan mengaplikasikannya dalam bentuk projek; dan Mengasah bakat kepimpinan & komunikasi pemimpin muda Young Muslim Leaders.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28