KRT Sutera Wangi 'payung' gunting rambut rahmah RM4

Antara pelajar yang tidak melepaskan peluang mendapatkan khidmat gunting rambut rahmah dengan harga RM4. Sebahagian pelajar yang mengambil peluang menggunakan khidmat gunting rambut Rahmah RM4 di Taman Sutera Wangi, Batu Berendam di sini, pada Sabtu.
Antara pelajar yang tidak melepaskan peluang mendapatkan khidmat gunting rambut rahmah dengan harga RM4. Sebahagian pelajar yang mengambil peluang menggunakan khidmat gunting rambut Rahmah RM4 di Taman Sutera Wangi, Batu Berendam di sini, pada Sabtu.
A
A
A

MELAKA - Hanya berbaki beberapa hari sebelum sesi persekolahan bermula, pelajar di Taman Sutera Wangi di sini, tidak melepaskan peluang mendapatkan khidmat gunting rambut rahmah dengan harga RM4.

Penyelaras program, Mohd Farhan Juhari, 38, berkata, misi program anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sutera Wangi itu bagi membantu meringankan bebanan kewangan ibu bapa dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak lebih-lebih Ramadan semakin hampir.

Menurutnya, inisiatif yang julung kali diadakan itu dapat memberi peluang penduduk menikmati perkhidmatan yang mendukung Konsep Payung Rahmah seperti mana yang disarankan kerajaan.

"Ini merupakan program pertama yang kami anjurkan selepas pelantikan jawatankuasa baharu bagi 2024/2025.

"Kebiasaan kos untuk gunting rambut pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah di kedai adalah RM8 ke atas, namun menerusi program ini mereka hanya perlu membayar RM4 bagi satu kepala," katanya ketika ditemui di Sutera Wangi, di Batu Berendam di sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Pengerusi KRT Taman Sutera Wangi, Anuar Jaafar.

Tambahnya, lebih menarik penganjurannya diadakan dalam kawasan rumah penduduk sekali gus merapatkan hubungan silaturahim di antara satu sama lain.

Sementara itu, penduduk, Mohd Faizal bin Omar, 42, yang merupakan anggota polis menyambut baik program seperti itu dah berharap ia dapat dianjurkan pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan:

"Lebih mudah tak perlu ke kedai dan harga murah berbanding jika kita pergi ke tempat lain," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28