Erdogan umum pilihan raya Mac terakhir untuknya

Recep Tayyip Erdogan
Recep Tayyip Erdogan
A
A
A

ANKARA - Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata, pilihan raya tempatan yang dijadualkan pada 31 Mac akan menjadi pilihan raya terakhir bagi beliau.

Kenyataan dilapor agensi berita Anadolu ini sekali gus mengundang bibit persaraan dalam arena politik bagi Erdogan pada Jumaat.

Erdogan merupakan ahli politik Turki moden yang paling berjaya memimpin negara itu selama lebih dua dekad.

Pemenang lebih daripada puluhan pilihan raya sejak 2002, Erdogan dipilih semula untuk penggal lima tahun semasa pilihan raya yang hangat dipertandingkan pada Mei 2023.

Erdogan berkata, ia adalah muktamad bagi beliau dan di bawah mandat yang diberikan oleh undang-undang ia adalah pilihan raya terakhirnya.

Tambah beliau, keputusan pilihan raya nanti akan menjadi satu peralihan legasi kepada pemimpin baharu. - Awani

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: