10 wanita Malaysia tempa nama di peringkat antarabangsa

Gambar dari kiri: Neelofa, Soo Wincci, Nicol Ann David, Dr Nur Amalina
Gambar dari kiri: Neelofa, Soo Wincci, Nicol Ann David, Dr Nur Amalina
A
A
A

1. Dr Nur Amalina Che Bakri

Merupakan pakar bedah di London.

Lahir pada 7 Disember 1987 di Kota Bharu, Kelantan, namun membesar di Johor Bahru, Johor.

Mula mendapat perhatian susulan kejayaan memperoleh 17A1 dalam peperiksaan SPM pada 2004.

Memulakan kerjayanya sebagai doktor selepas menamatkan pengajian di The University of Edinburgh pada Julai 2013.

Selepas tamat pengajian, Dr Nur Amalina menjalani latihan sebagai doktor junior di Hospital Universiti Cambridge selama dua tahun sebelum memulakan latihan sebagai seorang doktor pakar bedah.

Dr Nur Amalina juga tersenarai sebagai antara 10 doktor pakar pelatih surgikal terbaik di United Kingdom (UK).

2. Datuk Dr Nicol Ann David

Artikel Berkaitan:

Mendapat gelaran Ratu Squash atas kejayaan yang pernah dan masih mengharumkan nama negara.

Kini menetap di Amsterdam, Belanda.

Dilahirkan di Pulau Pinang pada 26 Ogos 1983

Pada tahun 1990, Nicol berjaya menjadi pemain skuasy pertama yang menjuarai Kejohanan Skuasy Junior Sedunia sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1999 dan 2001 di bawah bimbingan Richard Glanfield.

Menelusuri perjalanan kerjayanya, Nicol mula bermain squasy ketika berusia lima tahun. Pada tahun 1993, beliau menjuarai Kejohanan Skuasy Kebangsaan (bawah 12 tahun).

Nicol juga menjadi ahli sukan termuda menerima gelaran Datuk apabila dianugerah Darjah Setia Pahlawan Negeri pada usia 24 tahun sempena ulang tahun ke-70 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada tahun 2008.

Pada usia 23 tahun, Nicol menjadi pemain skuasy nombor satu dunia pada Januari 2006, sekali gus menjadi warga Malaysia dan wanita Asia pertama yang menduduki tangga teratas dalam sukan ini.

3. Profesor Madya Dr Nur Adlyka Ainul Annuar

Merupakan antara sekumpulan pakar astronomi dunia yang berjaya membuktikan kewujudan lohong hitam supermasif di sebuah galaksi yang terletak kira-kira 38 juta tahun cahaya dari bumi.

Anak kelahiran Muar, Johor itu pernah membentangkan penemuan pasukannya dalam satu kertas kerja bertajuk ‘Black Holes, Green Galaxies, Old Stars and NuSTARs’ pada perjumpaan Persatuan Astronomi Amerika Syarikat ke-229 pada tahun 2017. Susulan daripada penemuan tersebut, beliau mendapat liputan media yang meluas dari seluruh dunia.

Bertugas sebagai pensyarah kanan di Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), wanita yang merupakan satu-satunya ahli astronomi wanita yang mengkaji lohong hitam ini menempa nama di peringkat antarabangsa.

Sumber gambar laman web UKM Sarjana - Nur Adlyka
Sumber gambar laman web UKM Sarjana - Nur Adlyka

4. Mejar Patricia Yapp Syau Yin

Anak kelahiran Sandakan, Sabah ini merupakan juruterbang wanita pertama yang mengendalikan pesawat pejuang MiG-29 di Asia.

Patricia juga wanita Malaysia pertama lulus dengan kepujian dari Kolej Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Alor Setar, Kedah pada 1997.

Ibu kepada dua cahaya mata itu bertugas selama 20 tahun dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan berpengalaman sebagai juruterbang pesawat pejuang selama lima tahun dari 2003 hingga 2007 sebelum ditugaskan sebagai jurulatih pesawat pelatih Pilatus PC-7 MKII di Kolej Tentera Udara Alor Setar, Kedah.

Sumber gambar Kuala Lumpur Security Review - Mejar Patricia Yapp
Sumber gambar Kuala Lumpur Security Review - Mejar Patricia Yapp

5. Neelofa

Pengacara dan pelakon dengan nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor antara 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017.

Beliau merupakan pengasas dan pengarah NH Prima International Sdn Bhd tersenarai di bawah kategori Runcit dan E-dagang.

Beliau menjalankan beberapa perniagaan termasuk jenama pakaian wanita Muslimah, Neelofar Hijab.

Selain itu, Neelofa mencatat sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama dilantik sebagai duta bagi jenama kosmetik antarabangsa, Lancome selain duta bagi Swarovski.

Beliau juga dilantik menjadi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia dan memenangi Anugerah Grandeur and Elegante Antarabangsa di atas kejayaannya mengemudi jenama Naelofar Hijab.

6. Tan Sri Dr Mazlan Othman

Membina bidang astrofizik negara pada Julai 2002 yang mana membawa kepada pelancaran angkasawan Malaysia pertama, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha.

Merupakan Ahli Astrofizik Malaysia dan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara Malaysia dan penerima Tokoh Melayu Terbilang Malaysia 2011.

Bertanggungjawab mewujudkan kurikulum bidang astrofizik di universiti tempatan.

Beliau juga dilantik sebagai pengarah Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hal Ehwal Angkasa Lepas (UNOOSA) di Vienna oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ketika itu, Kofi Annan.

Mazlan
Mazlan

7. Dr Soo Wincci

Wincci mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR), selepas dilantik Profesor Madya dalam bidang muzik dan menjadi Miss World Malaysia pertama mendapat pengiktirafan itu.

Beliau memperoleh kedua-dua Ijazah Sarjana Fellowship dalam Pengeluaran Muzik Langsung dan Ijazah Sarjana Pengeluaran, Teknologi & Inovasi Muzik di Berklee Valencia Campus, Sepanyol.

Selain itu, dalam tempoh sama, beliau juga berjaya memperoleh Doktor Falsafah (PhD) dalam Pentadbiran Perniagaan di Open University, Malaysia; Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Universiti Sunshine Coast, Australia) dan Ijazah Undang-undang (University of Reading, United Kingdom).

8. Dr V Jeyanny Vijayanathan

Berjaya merangkul Anugerah Penyelidik Wanita Cemerlang daripada Venus International Foundation di Chennai, India pada Mac 2022.

Beliau yang bertugas di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menjalankan penyelidikan kajian dalam bidang sains tanah semenjak tahun 2003, meliputi pemuliharaan tanah, pemulihan kimia tanah dan tumbuhan serta peranan tanah dalam perubahan iklim.

Beliau juga merupakan Timbalan Presiden Persatuan Sains Tanah Malaysia pada ketika ini.

V Jeyanny
V Jeyanny

9. Profesor Madya Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim

Berjaya mencatat sejarah sebagai wanita pertama Malaysia terbabit dalam program penghantaran penyelidikan ke angkasa dalam misi agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), Amerika Syarikat (AS) ke planet Marikh.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu pernah bekerja di Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), kini merupakan Penyelidik Bioteknologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) merangkap Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) UIAM.

Beliau dilantik sebagai Principal Investigator bagi projek NASA Small Satelit yang dinamakan SporeSat yang dilancarkan pada tahun 2014.

Sumber gambar daripada laman rasmi International Islamic University Malaysia, IIUM - Wan Wardatul Amani
Sumber gambar daripada laman rasmi International Islamic University Malaysia, IIUM - Wan Wardatul Amani

10. Profesor Dr Rebecca Wong Shin Yee

Merupakan antara saintis yang telah mengukir nama di peringkat antarabangsa terutamanya terkenal dengan reputasinya dalam bidang fisiologi.

Beliau tersenarai dalam World’s Top 2% Most-Cited Scientists oleh Universiti Stanford untuk tiga tahun iaitu pada 2020, 2021 dan 2022.

Sumber gambar daripada laman rasmi SEGi University - Rebecca Wong
Sumber gambar daripada laman rasmi SEGi University - Rebecca Wong

Beliau berjaya menghasilkan lebih daripada 40 penerbitan dalam jurnal penyelidikan antarabangsa berimpak tinggi yang menjadi panduan serta rujukan lebih 2,700 kali oleh para penyelidik di seluruh dunia.

Dr Rebecca Wong telah menjadi guru perubatan sejak 18 tahun lalu dan kini merupakan profesor fisiologi dan ketua sains praklinikal di Fakulti Perubatan Universiti SEGi.