UKMSC rangka strategi perniagaan menerusi pembukaan cawangan lebih besar

Pesakit ketika sedang menerima rawatan di UKMSC.
Pesakit ketika sedang menerima rawatan di UKMSC.
A
A
A

PUSAT Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKMSC) merangka strategi perniagaan menerusi rancangan pembukaan cawangan yang lebih besar iaitu UKMSC2 bagi memberikan khidmat penjagaan kesihatan terbaik kepada masyarakat.

UKMSC dalam kenyataan berkata, langkah itu merupakan antara inisiatif dijalankan di peringkat pengurusannya yang juga bernaung di bawah UKM Holdings Sdn Bhd.

Menurut kenyataan tersebut, ia juga bertujuan mendukung hasrat menjadikan UKMSC sebagai sebuah hospital swasta yang bakal menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf antarabangsa.

“Hospital ini yang bakal dibina di dalam kawasan Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM-UKM) akan mempunyai kapasiti yang lebih besar bagi menampung keperluan penjagaan kesihatan buat masyarakat dan memenuhi permintaan dari luar negara melalui kapasiti pelancongan kesihatan.

Pesakit ketika sedang menerima rawatan di UKMSC.
Pesakit ketika sedang menerima rawatan di UKMSC.

“Pun begitu, beberapa strategi perniagaan lain turut dilihat termasuklah menjadikan UKMSC 2 sebagai hab penjagaan ambulatori bagi menarik lebih ramai pelabur tempatan serta pelabur asing untuk membangunkan inovasi teknologi perubatan negara ini,” kata kenyataan tersebut pada Jumaat.

Tambah kenyataan itu, strategi pembinaan UKMSC2 juga dapat meningkatkan kualiti dari sudut perubatan serta menambah baik struktur operasi pentadbiran pusat pakar secara keseluruhan.

“UKMSC2 akan menggunakan sistem automasi yang dilengkapi dengan sistem pintar bagi tujuan pemantauan penyakit dan dengan menggunakan teknologi terkini.

Artikel Berkaitan:

"Pihak pengurusan dan pakar perubatan dapat mengeluarkan maklumat melalui sistem data raya dan sistem pintar yang beroperasi di pelantar komputeran awan serta menggunakan teknologi pengesanan Internet Kebendaan (IoT) bagi mengeluarkan amaran awal untuk mengurangkan sebarang risiko dalam servis perubatan.

“Teknologi ini akan turut membantu pesakit mengurangkan tempoh menunggu dan melancarkan perjalanan dalam mendapatkan rawatan bagi memitigasi sebarang risiko di peringkat awal,” menurut kenyataan berkenaan.

Pengerusi UKM Holdings Sdn Bhd, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie (tiga dari kiri) bersama petugas UKMSC.
Pengerusi UKM Holdings Sdn Bhd, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie (tiga dari kiri) bersama petugas UKMSC.

Dalam pada itu, ujar kenyataan tersebut, UKM Holdings Sdn Bhd dengan sokongan kepakaran di bidang perubatan di UKMSC sedang menjalankan kolaborasi penyelidikan bagi menghasilkan produk yang mempunyai nilai eksport dan berteknologi tinggi seperti kaki palsu prostetik, mesin dialisis buah pinggang peritoneal mudah alih bagi membarisi produk inovasi sedia ada.

“Selaras dengan taraf UKM yang merupakan antara Universiti Penyelidikan di Malaysia, pelbagai inovasi dan penemuan kaedah perubatan telah diterokai dan berjaya di lakukan sehingga mencapai pelbagai pengiktirafan di peringkat dalam dan juga luar negara.

“Kumpulan UKM Holdings akan sentiasa mendukung wawasan kerajaan menuju negara maju dalam setiap cabang perniagaan dibawahnya.

“Antara sektor perniagaan lain yang diceburi oleh Kumpulan UKM Holdings adalah perniagaan melalui perundingan pakar, pembangunan hartanah, analisa makmal, perniagaan melibatkan pembekalan dan perdagangan,” jelasnya.