Mydin lancar kempen ‘Happening Raya’ tahun ini!

Menerusi kempen ‘Happening Raya’ pelbagai tawaran dan penjimatan menarik menanti pelanggan Mydin.
Menerusi kempen ‘Happening Raya’ pelbagai tawaran dan penjimatan menarik menanti pelanggan Mydin.
A
A
A


Saban tahun, apabila menjelang musim perayaan, syarikat rangkaian pemborong dan peruncit halal terbesar tempatan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) sentiasa tampil dengan pelbagai kempen yang menawarkan penjimatan serta pilihan menarik khas buat para pelanggan setianya.

Tahun ini, bersempena sambutan Ramadan dan Aidilfitri, Mydin sekali lagi tampil memperkenalkan kempen ‘Happening Raya’ sebagai satu inisiatif syarikat itu yang sentiasa cakna dengan keperluan masyarakat khususnya umat Islam membuat persiapan menyambut kedua-dua hari besar itu yang bakal tiba.

Selain menawar pelbagai rangkaian produk terbaik, berkualiti dan harga yang berpatutan untuk keperluan Ramadan dan Aidilfitri, Mydin turut bersama-sama Sinar Harian menganjurkan Jelajah Iftar Ala Madinah bagi menyantuni golongan yang memerlukan.

Mengupas lanjut inisiatif yang dilaksanakan oleh Mydin sempena persiapan menyambut ketibaan Ramadan dan Aidilfitri ini, Wartawan Sinar Harian, NURUL HUDA HUSAIN dan Jurufoto, ROSLI TALIB mendengar perkongsian daripada Pengarah Urusannya, DATUK AMEER ALI MYDIN dalam sesi wawancara di Mydin USJ , Subang Jaya baru-baru ini.

SINAR HARIAN: Apakah kempen ‘Happening Raya’ dan bilakah ia akan bermula?

AMEER: Sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini kita akan memperkenalkan kempen dikenali ‘Happening Raya’ yang akan bermula pada 7 Mac hingga 11 Mei.

AMEER
AMEER



Menerusi kempen yang dilancarkan ini pelbagai tawaran dan penjimatan menarik menanti pelanggan kami dan yang pasti harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan.

Artikel Berkaitan:


Adakah kempen ini melibatkan semua cawangan Mydin di seluruh negara?

Kempen ‘Happening Raya’ ini melibatkan semua cawangan kita di seluruh negara dan boleh dikatakan hampir semua barangan yang dijual di Mydin bermula dari produk makanan sehinggalah kepada pakaian serta barangan persiapan Aidilfitri.

Khusus untuk Ramadan pula, pelbagai jenis kurma yang menjadi makanan penting bulan puasa juga ditawarkan dengan harga menarik dan murah.

Tujuan kami adakan kempen ini ialah untuk meringankan beban orang ramai dengan memberikan tawaran harga menarik dan mampu milik terutamanya melibatkan barangan keperluan dan penting lain.

Mungkin boleh Datuk kongsi apa keistimewaan kempen ‘Happening Raya’ untuk Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini?

Ameer menunjukkan antara pakaian raya harga Rahmah yang dijual di rangkaian pasar raya Mydin di seluruh negara.
Ameer menunjukkan antara pakaian raya harga Rahmah yang dijual di rangkaian pasar raya Mydin di seluruh negara.



Selain pelbagai barangan menarik yang ditawarkan, keistimewaan tahun ini ialah kita membuat pertunjukan fesyen melibatkan pakaian raya untuk lelaki dan wanita termasuk kanak-kanak.

Mydin memilih membuat pertunjukan fesyen ini untuk memberi peluang kepada pelanggan menyaksikan secara lebih dekat pakaian yang dijual selain memudahkan mereka membuat pilihan.

Pertunjukan fesyen ini dibuat serentak dengan pelancaran kempen ‘Happening Raya’ yang akan berlangsung di Mydin Seremban 2, Negeri Sembilan.

Pelancaran ini dijangka disempurnakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Ramadan bakal disambut dalam beberapa hari lagi ini, adakah Mydin juga akan menjual makanan berbuka seperti tahun-tahun sebelumnya?

Ya. Seperti mana tahun-tahun lepas. Mydin memperkenalkan bazar Ramadan ‘indoor’ di 25 cawangan terpilih di seluruh negara.

Menerusi bazar ini lebih 100 pilihan juadah ditawarkan termasuk kuih-muih dan lauk yang menjadi pilihan setiap kali tibanya puasa.

Mydin dan Courts Malaysia menawarkan baucar bernilai keseluruhan RM30,000 kepada pelanggan bertuah Mydin dalam peraduan ‘Kongsi Kisah Perabot Impian’.
Mydin dan Courts Malaysia menawarkan baucar bernilai keseluruhan RM30,000 kepada pelanggan bertuah Mydin dalam peraduan ‘Kongsi Kisah Perabot Impian’.



Apakah menu istimewa yang ditawarkan di bazar Ramadan ‘indoor’ Mydin?

Juadah istimewa yang ditawarkan di bazar Ramadan Mydin ialah ‘Menu Rahmah’ yang berharga RM5.

Kita perkenalkan menu ini untuk membolehkan mereka yang kurang berkemampuan dan mempunyai ahli keluarga yang ramai menikmati suasana membeli juadah berbuka dengan harga yang mampu milik.

Jadi, kita harap orang ramai terutamanya pelanggan Mydin tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan bazar Ramadan kami nanti. Sasaran pelanggan untuk bazar ini adalah untuk semua peringkat umur pelanggan Mydin.

Difahamkan tahun ini Mydin akan melaksanakan program Jelajah Iftar Ala Madinah dengan kerjasama Sinar Harian. Mungkin Datuk boleh kongsi sedikit mengenainya?

Tahun ini, kita memperkenalkan program baharu dikenali Jelajah Iftar Ala Madinah iaitu program berbuka puasa secara percuma melibatkan tujuh cawangan Mydin terpilih.

Kita menyasarkan 11,000 pengunjung terlibat yang mana 500 pengunjung terawal mendaftar akan menerima cenderamata istimewa daripada Mydin.

Tujuh cawangan yang terlibat dalam program ini ialah di Mydin Seremban 2, Negeri Sembilan, Mydin USJ, (Selangor), Mydin MiTC (Melaka), Mydin Meru Raya (Perak), Mydin Bukit Mertajam (Pulau Pinang), Mydin Gong Badak (Terengganu) dan Mydin Tunjong di Kelantan.

Apa yang menyebabkan Mydin memilih untuk bekerjasama dengan Sinar Harian untuk adakan program jelajah ini?

Kita sedia maklum program Jelajah Iftar Ala Madinah yang diperkenalkan Sinar Harian ini mendapat sambutan yang sangat positif.

Jadi, pihak kami ingin memberi peluang kepada pelanggan setia Mydin untuk turut sama merasai pengalaman ini memandangkan Sinar Harian hanya membuat program ini di Shah Alam, Selangor.

Saya lihat, Mydin yang mempunyai cawangan di seluruh negara ini dapat membantu mengembangkan lagi program ini kepada rakyat yang berada di luar Selangor.

Sempena Ramadan ini, Mydin akan mengagihkan bubur lambuk secara percuma, mungkin boleh Datuk ceritakan dengan lanjut?

Bagi program pemberian bubur lambuk secara percuma di cawangan terpilih Mydin di seluruh negara ini, kita jangka sebanyak 45,000 bekas bubur lambuk disediakan.

Program ini mendapat kerjasama rakan strategik kami iaitu Adabi, Anchor, Azmy, Bestari, Buttercup, Eco Disposable, Faiza, F&N, Jati, Kara dan ramai lagi rakan kami.

Adakah Mydin turut melaksanakan program amal lain untuk membantu meringankan beban golongan kurang berkemampuan menyambut Ramadan dan Aidilfitri?

Mydin bekerjasama dengan 43 rakan strategik bagi mengumpul dana ‘Mydin Prihatin’ untuk disumbangkan kepada golongan berpendapatan rendah atau B40 di seluruh negara bagi menyediakan persiapan keperluan perayaan.

Kempen ini dilaksanakan dengan setiap nilai pembelian produk terpilih sejumlah dana akan disalurkan ke dana berkenaan.

Difahamkan, tahun ini Mydin turut bekerjasama dengan Courts Malaysia untuk program terbaharu. Boleh Datuk ceritakan serba sedikit?

Mydin dengan kerjasama Courts Malaysia menawarkan baucar bernilai keseluruhan RM30,000 kepada pelanggan bertuah Mydin.

Baucar bernilai RM3,000 setiap pemenang ini ditawarkan melalui peraduan ‘Kongsi Kisah Perabot Impian’ yang mana pelanggan hanya perlu mengarang mengenai kisah impian mereka.

Kisah paling menarik bakal memenangi baucar Courts bernilai RM3,000 bagi dekorasi kediaman mereka.

Berbalik kepada kempen Aidilfitri, mungkin boleh Datuk kongsikan tawaran harga untuk pakaian raya di Mydin kali ini?

Apa yang boleh saya katakan, harga yang ditawarkan pihak Mydin ialah harga Rahmah. Baju kurung dewasa untuk wanita dan kanak-kanak dijual dengan harga bermula RM49-RM199.

Bagi wanita, kita tawarkan pelbagai rekaan baju seperti baju kurung, baju kurung moden, jubah dan sebagainya. Baju Melayu pula ditawar dengan harga bermula RM50 hingga RM99.

Apa yang hendak saya tekankan di sini, walaupun harga Rahmah, namun kualiti pakaian yang dijual setanding dengan tempat-tempat lain.

Jadi, saya harap orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan pakaian raya di tempat kami. Nasihat saya, datanglah membeli lebih awal untuk dapatkan saiz yang sesuai.

Bagaimana pula dengan biskut raya, adakah jualan melibatkan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) diteruskan seperti mana tahun-tahun ini sebelum ini?

Mydin menawarkan pelbagai aneka biskut raya keluaran usahawan PKS tempatan sempena kempen ‘Happening Raya’.
Mydin menawarkan pelbagai aneka biskut raya keluaran usahawan PKS tempatan sempena kempen ‘Happening Raya’.



Umum mengetahui, Mydin membuka peluang kepada banyak usahawan PKS memasarkan produk biskut raya masing-masing dan perkara sama juga dibuat pada tahun ini.

Jadi, selain membeli peralatan dan pakaian raya, pelanggan juga boleh dapatkan pelbagai jenis biskut raya bagi melengkapkan lagi sambutan hari kebesaran umat Islam ini.

Adakah Mydin menyediakan perkhidmatan membuat hamper atau pakej tertentu untuk dijadikan sebagai hadiah Ramadan atau Aidilfitri?

Pihak Mydin bukan sahaja menyediakan pakej hamper atau hadiah yang telah siap tetapi kami juga sediakan perkhidmatan membungkus hamper mengikut kehendak atau pilihan pelanggan.

Pilih sahaja barang atau harga yang diinginkan, pihak kami akan sedia membantu. Kebanyakan yang mengambil pakej ini terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) atau syarikat-syarikat untuk diberikan kepada pihak tertentu.

Pihak Mydin juga ada tawarkan harga istimewa bagi mana-mana pihak yang ingin sediakan hamper atau bungkusan hadiah yang sememangnya menjadi pilihan setiap kali puasa dan raya ini.

Seiring dengan teknologi dan digital, adakah Mydin turut menyediakan tawaran tertentu kepada pelanggan yang membeli menggunakan aplikasi terkini?

Mydin menawarkan pulangan wang tunai dan ganjaran menarik kepada pelanggan yang berbelanja minimum RM50 dalam satu transaksi menggunakan aplikasi e-dompet Boost dan SPayLater.

Apa yang ingin disampaikan Datuk kepada pelanggan setia Mydin?

Harapan saya kepada semua pihak supaya berbelanjalah dengan penuh berhemah dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini.

Buatlah perbelanjaan yang perlu sahaja mengikut kemampuan dan keperluan. Elak daripada berbelanja kerana ingin mengikut trend dan sebagainya. Paling penting, berbelanjalah dengan bijak dan pilih tawaran harga yang murah dengan membuat perbandingan terlebih dahulu.