Huawei perkenal edisi Matepad 11.5 Papermatte

Huawei Malaysia memperkenalkan tablet terbaharu dengan teknologi anti-silau iaitu HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition.
Huawei Malaysia memperkenalkan tablet terbaharu dengan teknologi anti-silau iaitu HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition.
A
A
A

HUAWEI Malaysia memperkenalkan tablet terbaharu dengan teknologi anti-silau iaitu HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition.

Dicipta dengan mengambil kira keperluan pelajar dan profesional muda masa kini, tablet itu dijual pada harga RM1,999.

Huawei dalam satu kenyataan berkata, HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition mempunyai paparan PaperMatte 120 Hz, menampilkan Pensijilan Prestasi Premium Kelesuan Visual Rendah SGS dan Pensijilan Tanpa Refleksi TÜV Rheinland.

Ia sekali gus menjadikan HUAWEI satu-satunya jenama yang diperakui dengan kedua-dua kelayakan tersebut.

“Teknologi paparan canggih ini menghalang cahaya biru dan kelipan, memberikan pengguna pengalaman menonton yang selesa sambil mengurangkan ketegangan mata.

“Selain itu, paparan juga tidak reflektif yang dicapai dengan memotong 97 peratus gangguan cahaya untuk memberikan pengalaman tontonan yang jelas walaupun di bawah cahaya langsung,” menurut kenyataan berkenaan.

Huawei menambah, pengguna berpeluang merasai sendiri pengalaman menulis ‘pen-on-paper’ PaperMatte Display, dipertingkatkan oleh HUAWEI M-Pencil generasi kedua.

Tablet ini juga dilengkapi dengan HUAWEI Notes dan HUAWEI M-Pencil yang boleh menangkap setiap butiran dengan tepat dan jelas.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, dilengkapi dengan aplikasi WPS dan SuperHub, pemindahan fail akan menjadi lebih mudah serta lancar, menjadikan HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition sebagai teman terbaik untuk pelajar.

“Huawei turut memberikan satu set hadiah percuma seperti papan kekunci pintar HUAWEI MatePad, HUAWEI M-Pencil generasi kedua dan HUAWEI Bluetooth Mouse bernilai sehingga RM1,147 untuk sebarang pembelian MatePad 11.5 PaperMatte Edition.

“Pengguna boleh melayari Facebook rasmi HUAWEI atau Instagram jika ingin mendapatkan sebarang maklumat lanjut dan promosi terkini tentang HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!