Hanya 16 'projek sakit' di seluruh negara - Ahmad Maslan

Ahmad (tengah) mengadakan lawatan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Khamis.
Ahmad (tengah) mengadakan lawatan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Khamis.
A
A
A

GEORGE TOWN - Sebanyak 746 projek di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang dalam pembinaan di seluruh negara yang mana hanya 16 daripadanya dikenal pasti sebagai projek sakit.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, projek-projek sakit itu melibatkan pelbagai projek antaranya pembinaan jalan raya, bangunan, jambatan, lebuh raya, cerun dan sebagainya.

Menurutnya, kesemua projek itu mengalami kelewatan lebih 60 hari atau 20 peratus daripada jadual asal menyebabkan ia dikategorikan sebagai projek sakit.

"16 buah projek tersebut hanya melibatkan 2.14 peratus daripada jumlah projek yang sedang dalam pembinaan.

"Daripada jumlah itu, dua di Sabah dan selebihnya di seluruh negara.

"Di Pulau Pinang, projek pembesaran Hospital Seberang Jaya pernah termasuk dalam projek sakit pada bulan lalu, namun selepas ia diberi lanjutan tempoh, maka ia bukan lagi dikategorikan sebagai projek sakit," katanya pada sidang akhbar selepas meninjau Projek Menaik Taraf dan Pemuliharaan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini pada Khamis.

"Antara sebab berlaku kelewatan adalah masalah kewangan kontraktor, wabak Covid-19, kekurangan bahan yang berkaitan dan masalah sub kontraktor. Banyak (projek) adalah disebabkan masalah kewangan kontraktor," katanya pada sidang akhbar selepas meninjau Projek Menaiktaraf dan Pemuliharaan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Ahmad (tengah) sedang diberi taklimat sebelum meninjau Projek Menaiktaraf dan Pemuliharaan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Khamis.
Ahmad (tengah) sedang diberi taklimat sebelum meninjau Projek Menaiktaraf dan Pemuliharaan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Khamis.

Tambah beliau, JKR telah melaksanakan projek dengan baik selain pengurusan tender juga dibuat mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang betul.

"Kita tidak mahu 'highlight' sangat jumlah projek sakit kerana peratusannya yang sedikit, hanya 2.14 peratus melibatkan 16 buah projek.

"Ini kerana, banyak projek di bawah seliaan JKR yang berjaya antaranya projek pemulihan dan menaiktaraf bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

"Buat masa ini, sebanyak 2,100 projek sedang dalam perancangan untuk dilaksanakan oleh JKR," katanya.

Sebanyak 351 projek sakit dan terbengkalai dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM32.87 bilion berjaya diselesaikan dan dipulihkan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sepanjang setahun pentadbiran Kerajaan Madani.

Berdasarkan Kad Laporan KPKT 2023, projek melibatkan 43,738 unit perumahan swasta itu berjaya dipulihkan Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) setakat 31 Oktober lalu.

Menurut kad laporan itu, RM1 bilion diperuntukkan menerusi Belanjawan 2024 bagi menggalakkan pemaju berwibawa memulihkan projek-projek perumahan swasta sakit dan terbengkalai yang telah dikenal pasti.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!