Anggota polis terima tujuh jahitan bergelut dengan penagih

Seorang anggota polis berpangkat konstabel menerima tujuh jahitan di tapak tangan kiri akibat cedera selepas bergelut dengan penagih ketika serbuan Op Tapis di Teluk Kumbar, petang Selasa.
Seorang anggota polis berpangkat konstabel menerima tujuh jahitan di tapak tangan kiri akibat cedera selepas bergelut dengan penagih ketika serbuan Op Tapis di Teluk Kumbar, petang Selasa.
A
A
A

GEORGE TOWN - Seorang anggota polis berpangkat konstabel menerima tujuh jahitan di tapak tangan kiri akibat cedera selepas bergelut dengan penagih ketika serbuan Op Tapis di Teluk Kumbar, petang Selasa.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, mangsa berumur 28 tahun dan bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya.

"Kejadian berlaku sekitar 4 petang ketika pasukan operasi menyerbu ‘port ketum’ di kawasan terbabit dan seorang penagih cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak polis.

"Anggota berkenaan cuba menahan suspek yang hendak melarikan diri tetapi berlaku sedikit pergelutan menyebabkan dia terjatuh sehingga tapak tangan kirinya tertusuk kayu,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Beliau berkata, susulan insiden itu, mangsa terpaksa menerima tujuh jahitan namun berada dalam keadaan stabil dan diberi cuti sakit selama tiga hari.

Mohamed Usuf Jan juga berkata, Op Tapis dijalankan serentak di seluruh negara mulai Isnin lepas dan berakhir hari ini. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: