Kenangan kepala diusap Almarhum Sultan Abu Bakar masih diingati

Razak
Razak
A
A
A

JERANTUT - Biarpun sudah hampir 60 tahun, kenangan diusap kepala oleh Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'azzam Shah masih kekal dalam ingatan buat seorang penduduk Kampung Gintong di sini.

Razak Daud, 64, berkata, peristiwa itu berlaku ketika Almarhum Sultan Abu Bakar melawat Kampung Kedondong, Pulau Tawar pada tahun 1967.

"Ketika itu, saya berusia tujuh tahun dari Sekolah Kebangsaan Gintong dibawa beramai-ramai menyambut baginda yang menaiki bot khas dari Pekan Diraja.

"Lepas itu, sewaktu baginda berangkat balik menuju ke bot, baginda datang dekat saya dan memegang kepala saya. Kenangan itu saya ingat sehingga sekarang," katanya.

Razak antara penduduk kampung itu yang teruja dan bangga apabila Kampung Gintong antara lokasi yang terlibat sempena Ekpedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang pada Selasa.

Menurutnya, kenangan manis itu kembali apabila cucu baginda, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Syah Ibni Al-Sultan Abdullah mencemar duli ke kampung tersebut.

"Sebagai penduduk kampung ini, saya rasa bangga dan terharu, malah ia menjadi penghormatan buat kami," katanya.

Mohd Sabri dan Hairani
Mohd Sabri dan Hairani

Artikel Berkaitan:

Seorang suri rumah, Hairani Zakaria, 61, turut menyifatkan kehadiran Tengku Hassanal satu peristiwa yang akan terpahat kekal di ingatannya.

"Pada program ini, kami bergotong-royong menyediakan pelbagai menu istimewa antaranya gulai asam keladi, gulai kawah, ikan goreng bada (seluang) dan lain- lain," katanya,

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Gintong, Mohd Sabri A Majid berkata, kita-kira 1,000 penduduk kampung ini bersama penduduk Kampung Sokti dan Kampung Bukit Puas tidak sabar menyambut putera raja kesayangan rakyat.

Penduduk bergotong-royong menyediakan pelbagai menu istimewa sempena Ekpedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang pada Selasa.
Penduduk bergotong-royong menyediakan pelbagai menu istimewa sempena Ekpedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang pada Selasa.

Menurutnya, pelbagai aktiviti dijalankan bersama penduduk kampung antaranya aktiviti mengemping, memedap ikan, gasing pangkah, sukaneka, tarik tali dan menonton wayang pacak.