Sukarelawan Muslim bantu sedia makanan untuk bomba Australia

Sekumpulan sukarelawan umat Islam sanggup menjelajah ke Victoria untuk menghulurkan bantuan kepada anggota bomba di Australia.
Sekumpulan sukarelawan umat Islam sanggup menjelajah ke Victoria untuk menghulurkan bantuan kepada anggota bomba di Australia.
A
A
A

AUSTRALIA - Sekumpulan sukarelawan umat Islam sanggup menjelajah ke Victoria bagi menghulurkan bantuan kepada anggota bomba yang kini sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran besar di Australia.

Wakil sukarelawan, Lookman El Kurdi berkata, ahli-ahli Newport Islamic Society memasak makanan untuk anggota bomba yang kepenatan di Brigaed Bomba Sukarelawan Johsonville di sini pada hujung minggu lalu.

Menurutnya, pertolongan ini dilakukan bagi menghargai pihak bomba yang telah bekerja tanpa mengenal erti penat bagi memadam kebakaran di Gippsland Timur sejak minggu lepas.

Sekumpulan sukarelawan umat Islam sanggup menjelajah ke Victoria untuk menghulurkan bantuan kepada anggota bomba di Australia.
Sekumpulan sukarelawan umat Islam sanggup menjelajah ke Victoria untuk menghulurkan bantuan kepada anggota bomba di Australia.

"Sangat menyedihkan melihat keadaan mereka. Mereka terlalu letih. Kami melihat semua kebakaran hutan yang berlaku di sekitar Australia dan merasakan kami perlu juga untuk melakukan sesuatu.

"Kami telah melakukan hebahan dan mula mencari bantuan. Dalam masa 48 jam kami telah berjaya mengumpulkan banyak barangan.

"Rasanya sangat baik, sekurang-kurangnya dapat memberi sokongan dengan memberi mereka makanan dan mendoakan mereka sebagai tanda kita ingat terhadap pengorbanan mereka," katanya memetik laporan Daily Mail yang merujuk sumber.