Pemain Palestin sertai Kelantan United FC

Oday menandatangani kontrak bersama Kelantan United FC. Foto Bernama
Oday menandatangani kontrak bersama Kelantan United FC. Foto Bernama
A
A
A

SOKONGAN rakyat Malaysia antara sebab pemain kelahiran Palestin, Oday Kharoub menyertai Kelantan United Football Club (KUFC), musim ini.

Penyertaan pemain berusia 31 tahun itu diumumkan pada Selasa selepas majlis menandatangani tiga pemain oleh KUFC.

Oday yang bakal menyarung jersi bernombor enam itu menjadi pemain import pertama skuad Kijang Hijau.

"Saya memilih pasukan ini (KUFC) kerana sokongan rakyat Malaysia kepada kami sangat baik. Saya mahu tunjukkan kepada dunia bahawa kami masih bebas hidup termasuk bermain bola sepak.

"Saya gembira berada di Malaysia dan Kelantan kerana bila beraksi di luar negara saya turut membawa nama Palestin. Seperti diketahui, ramai rakan-rakan saya termasuk ketua jurulatih telah syahid akibat peperangan di Gaza," katanya.

Rozi (kanan) bersama Oday pada Majlis Menandatangani dan Memperkenalkan Pemain Baharu Kelantan United FC di Stadium Sultan Muhammad IV pada Selasa. Foto Bernama
Rozi (kanan) bersama Oday pada Majlis Menandatangani dan Memperkenalkan Pemain Baharu Kelantan United FC di Stadium Sultan Muhammad IV pada Selasa. Foto Bernama

Selain Oday, KUFC turut mengumumkan bekas pemain Kelantan FC, Mohammad Fazrul Amir Md Zaman dan bekas pemain Terengganu FC (TFC), Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali sebagai muka baharu pasukan.

Presidennya, Rozi Muhamad berkata, Kelantan United FC pada musim 2024/25 mahu melihat bakat tempatan beraksi di Liga Super.

Artikel Berkaitan:

Justeru katanya, penyertaan Mohamad Fazrul Amir dan Wan Mohamad Fazli bertepatan dengan misi serta visi yang diinginkan oleh pihak pengurusan tertinggi kelab.

Pemain baharu Kelantan United FC, Oday Kharoub (tengah), Mohamad Fazrul Amir (kiri) dan Wan Mohamad Fazli (kanan). Foto Bernama
Pemain baharu Kelantan United FC, Oday Kharoub (tengah), Mohamad Fazrul Amir (kiri) dan Wan Mohamad Fazli (kanan). Foto Bernama

Beliau juga meletak harapan tinggi buat kedua pemain itu untuk mengekalkan prestasi seterusnya membantu KUFC lebih cemerlang dan memberi saingan kepada kelab-kelab yang bersaing di Liga Super Malaysia.

"Kita harap pemain muda berbakat besar ini turut memberikan nilai tambah pada prestasi pasukan dan paling utama ialah dapat menarik penyokong ke Stadium Sultan Muhammad IV," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!