X

Kindly register in order to view this article
!

Influenza: Pesakit wajib dikuarantin elak penularan virus

Gambar kecil: Dr Zubaidi Ahmad
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan perlu mewajibkan arahan kuarantin terhadap mana-mana pesakit yang disyaki atau telah dijangkiti influenza kerana kebergantungan kepada ubat dan vaksin semata-mata tidak mencukupi bagi mencegah jangkitan virus tersebut.

Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (Perdim), Dr Zubaidi Ahmad berkata, langkah seperti itu telah dilaksanakan di Singapura disebabkan wabak jangkitan berisiko berlaku dengan begitu cepat.

Menurutnya, langkah pencegahan yang lebih teliti dan terperinci perlu diberi perhatian serius.

"Kalau kita melihat masalah ini dengan skop yang lebih luas, selagi usaha pencegahan tidak diberikan perhatian yang lebih terperinci, wabak jangkitan virus ini akan berlaku dengan cepat kerana ia mudah sahaja dijangkiti daripada individu kepada orang lain.

"Jadi saya mencadangkan jika kita mengharapkan ubat dan vaksin sahaja yang mana sudah tentu ada kesan-kesan sampingan...virus juga boleh menukar struktur DNA dan dia boleh menjadi kebal terhadap ubat yang diberikan begitu juga dengan vaksin boleh menjadi tidak berkesan.

"Sebab itu usaha pencegahan penting dan kerajaan perlu bertegas...lihat contoh di Singapura, sesiapa sahaja yang disyaki sebagai pesakit jangkitan virus influenza mereka tiada pilihan dan harus dikuarantinkan di rumah kerana jika ke tempat kerja jangkitan boleh tersebar dengan lebih banyak," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, beliau mengakui turut mendapat aduan rakan-rakan sejawatan daripada pelbagai klinik perubatan lain tentang bekalan vaksin yang terhad.

Katanya, hal itu berlaku kerana pembekal vaksin lebih cenderung memberi keutamaan bekalan kepada hospital besar swasta berbanding klinik-klinik pengamal perubatan am menyebabkan bekalan itu susah didapati.

"Bagi KKM (Kementerian Kesihatan) kerajaan boleh beli dengan jumlah yang banyak dan diedarkan kepada hospital-hospital dan juga pusat kesihatan yang dikendalikan KKM.

"Dalam kes ini hospital besar swasta juga membeli ubat-ubatan dan vaksin dengan kuantiti yang besar tetapi kos pembelian ditanggung oleh pesakit.

"Namun bagi klinik-klinik kecil mereka tidak menyimpan banyak ubat-ubatan ini dan vaksin disebabkan faktor kekurangan kewangan. Mereka beli sedikit sahaja," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!