Manchester City jangan cepat puas hati

Guardiola
Guardiola
A
A
A

JUARA bertahan Manchester City mungkin selesa mendahului 3-1 hasil perlawanan pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara menentang FC Copenhagen di Stadium Parken, 14 Februari lalu.

Namun pengendali Manchester City, Pep Guardiola telah memberi amaran kepada The Citizens supaya tidak berpuas hati menjelang pertembungan perlawanan kedua di laman sendiri - Stadium Etihad awal pagi Khamis.

City, di kedudukan kedua Liga Perdana Inggeris akan berdepan pendahulu Liverpool pada Ahad yang ketinggalan satu mata tetapi pengendali Sepanyol itu berkata tumpuan kekal mara ke suku akhir Liga Juara-Juara.

"Dalam bola sepak, perincian membuat perbezaan. Segala-galanya boleh berlaku. Kami melepaskan gol pada minit ke-85... bolos dua, kami perlu pergi ke masa tambahan.

"Saya sangat menghormati Copenhagen. Mereka bertahan, mereka mempunyai sistem yang baik... mereka benar-benar teratur," katanya pada Selasa.

Malah Guardiola memetik contoh RB Leipzig, yang City tewaskan 3-1 di atas padang pada peringkat kumpulan tetapi kemudian ketinggalan 2-0 di tempat sendiri sebelum bangkit untuk menang 3-2.

"Dua kesilapan, kosong dua...Jika kami (bolos) satu lagi gol kami akan berada di tangga kedua dalam carta liga," katanya.

Sementara itu, penyerang City, Erling Haaland menyuarakan sentimen pengurusnya tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Saya tidak memikirkan (perlawanan Liverpool) sehingga anda bertanya kepada saya sekarang.

"Saya beri tumpuan kepada Copenhagen. Ia akan menjadi perlawanan besar menentang Liverpool, kami perlu bersedia untuk perlawanan itu. Kami perlu berani dan bermain pada tahap terbaik kami," katanya.

Sementara itu, Guardiola menyifatkan pemilihan pemain-pemain untuk berdepan Liverpool bergantung kepada kecergasan pemain selepas perlawanan Copenhagen.

"Pemilihan bergantung kepada pemain, pada perasaan mereka. Persaingan sangat penting kerana dalam bola sepak segala-galanya boleh berlaku dan anda perlu sedar tentang itu," katanya.

Liga Juara-Juara

Pusingan 16 Terbaik

Perlawanan Kedua

Rabu (6 Mac)

Bayern Munich (0) lwn (1) Lazio, 4 pagi

Real Sociedad (0) lwn (2) Paris Saint-Germain, 4 pagi

Khamis (7 Mac)

Real Madrid (1) lwn (0) RB Leipzig, 4 pagi

Manchester City (3) lwn (1) BK Copenhagen, 4 pagi

* Dalam kurungan keputusan perlawanan pertama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!