Dua beregu negara lulus ranjau pertama Terbuka Perancis

Aaron Chia-Wooi Yik. Foto Bernama
Aaron Chia-Wooi Yik. Foto Bernama
A
A
A

BEREGU nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik hanya memerlukan 10 minit mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Terbuka Perancis Super 750 di Arena Porte De La Chapelle, Paris selepas bermula langkah kanan pada Selasa.

Aaron-Wooi Yik yang merupakan pilihan kelima tidak berdepan masalah mara selepas lawan dari Jerman, Mark Lamsfuss-Marvin Siedel menarik diri ketika kedudukan 12-12 set pertama.

Turut mara Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang menewaskan beregu dari Kanada, Kevin Lee-Ty Alexander Lindeman straight set dalam masa 25 minit.

Wei Chong-Kai Wun yang berstatus nombor 18 dunia menang straight set 21-16, 21-8 ke atas pasangan nombor 38 dunia tersebut.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi satu lagi beregu negara, Goh Sze Fei-Izzuddin Rumsani apabila akur kehebatan wakil Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang.

Sze Fei-Izzuddin yang berstatus 19 dunia tewas 21-19,21-17 kepada gandingan nombor 24 dunia tersebut dalam masa 44 minit.

Satu lagi beregu lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turut tumbang selepas tewas kepada Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.

Satwiksairaj-Chirag yang merupakan pilihan pertama menewaskan gandingan nombor 12 dunia tersebut 21-13, 24-22 dalam masa 47 minit.

Artikel Berkaitan:

Pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei turut kecundang selepas tewas 10-21, 14-21 kepada pemain China, Wang Zhi Yi, dalam masa 28 minit.

Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, tewas straight set kepada wakil dari Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue, straight set 19-21, 16-21 dalam masa 46 minit.