Permulaan positif Aaron-Wooi Yik di China Masters

Aaron-Wooi Yik FOTO: AFP
Aaron-Wooi Yik FOTO: AFP
A
A
A

BEREGU lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyingkap kempen China Masters langkah kanan apabila mara ke pusingan kedua kejuaraan Super 750 tersebut pada Selasa.

Gandingan nombor dua dunia itu menewaskan rakan senegara Ong Yew Sin-Teo Ei Yin yang juga berstatus 11 dunia tersebut 21-15, 21-15 dalam masa 33 minit di Gymnasium Shenzhen Bay, Shenzhen.

Kemenangan itu membolehkan juara Terbuka Denmark bulan lalu itu menentang Tang Qiang-Zhou HaoDong (China) atau juara Jepun Masters, He Ji Ting-ren Xiang Yu dalam pusingan kedua pada Khamis.

Sementara itu, Wei Chong-Kai Wun berhempas pulas untuk menewaskan pemain Korea Selatan, Jin Yong-Na Sung-seung 21-11, 15-21, 21-17 untuk bertemu sama ada pemain tuan rumah Liu Yuchen-Ou Xuanyi atau pemain Indonesia Shohibul Fikri-Bagas Maulana.

Dalam pada itu, hasrat Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani untuk mara ke pusingan kedua tidak kesampaian apabila tewas beregu Jepun, Akira Koga-Taichi Saito.

Bagaimanapun beregu nombor 24 dunia itu tewas 23-21, 22-24, 19-21 selepas memberi saingan sengit kepada gandingan ranking 16 dalam masa 80 minit.

“Secara keseluruhan Aaron-Wooi Yik bermain main berdepan Yew Sin-Ei Yin. Malah seperkara yang bagus Aaron-Wooi Yik menguasai permainan apabila tidak memandang mudah cabaran lawan mereka.

“Namun faktor kepenatan semasa di Jepun Masters sebelum ini mungkin mempengaruhi momentum Yew Sin-Ei Yin,” kata jurulatih beregu lelaki negara, Tan Bin Shen,

Artikel Berkaitan:

Mengenai prestasi Sze Fei-Izzuddin, Bin Shen berharap kedua-dua mereka akan menampilkan aksi lebih berani memberi tekanan kepada lawan selepas ini.

“Sze Fei-Izzuddin tewas semua crucial point, jadi mereka harus lebih berani untuk memberikan lebih tekanan kepada lawan.

“Saya harap Sze Fei-Izzuddin kembali lebih yakin sekali gus atasi masalah ini semasa permainan masa crucial point,” katanya.