Ringgit meningkat berbanding dolar AS menjelang pengumuman OPR

Pada jam 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7200/7250 berbanding dolar AS daripada 4.7440/7480 semasa ditutup pada Jumaat. Foto hiasan
Pada jam 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7200/7250 berbanding dolar AS daripada 4.7440/7480 semasa ditutup pada Jumaat. Foto hiasan
A
A
A

RINGGIT ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan sekumpulan mata wang utama lain serta mata wang ASEAN menjelang keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai kadar dasar semalaman (OPR) pada 7 Mac.

Pada jam 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7200/7250 berbanding dolar AS daripada 4.7440/7480 semasa ditutup pada Jumaat.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kebanyakan pakar ekonomi menjangkakan OPR akan kekal pada 3.00 peratus.

"Minggu ini merupakan minggu yang agak penting memandangkan Pengerusi Rizab Persekutuan AS akan turut berkongsi penilaian ekonomi terkininya dengan kongres pada 7 Mac," katanya kepada Bernama.

Selain itu, pelabur turut menunggu senarai gaji bukan ladang AS (NFP) pada Jumaat.

Sehubungan itu, Mohd Afzanizam menjangkakan pasaran mata wang akan kekal berhati-hati dalam masa terdekat memandangkan ketidaktentuan mengenai pengurangan kadar faedah AS yang pertama akan terus menguasai sentimen pasaran.

"Malah, Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China akan turut dipantau rapi memandangkan pelabur akan meneliti sasaran makro dalam mencari petunjuk rangsangan ekonomi," katanya.

Dalam negara, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Artikel Berkaitan:

Mata wang tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.9840/9904 daripada 5.9926/9977 pada Jumaat lepas, mengukuh berbanding euro kepada 5.1198/1252 daripada 5.1330/1373 minggu lepas, dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.1410/3449 /1521 sebelum ini.

Pada masa sama, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN lain.

Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.1766/1965 daripada 3.1928/2120 semasa ditutup Jumaat lepas dan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.5137/5177 berbanding 3.5229/5264 minggu lepas.

Ringgit turut mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 299.7/300.2 daripada 302.1/302.4 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.43/8.44 daripada 8.47/8.48 sebelumnya. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28