Operasi perobohan penempatan haram

A
A
A
Operasi perobohan penempatan haram rumah setinggan di tanah milik Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di Kampung Gersik dan Saguking yang memasuki fasa akhir mulai hari ini.

Kerja-kerja perobohan dijalankan semula hari ini susulan tamat tempoh penangguhan yang telah diberikan dan dijangka selesai sepenuhnya pada 7 Mac 2024.

Operasi yang bermula sejak November tahun lalu itu melibatkan lebih 400 buah rumah setinggan dengan hampir 2 ribu penduduk di tanah milik berkeluasan 34 ekar.

Terdahulu, penduduk di kawasan berkenaan telah diberi notis sejak Mei tahun lalu untuk mengosongkan kawasan tersebut.

Sehingga kini, berbaki lebih kurang 50 buah rumah masih berpenghuni dan dijangka akan meninggalkan kawasan tersebut selewatnya hari ini.
Artikel Berkaitan:


Operasi melibatkan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Labuan, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Imigresen serta Sabah Electricity Sdn Bhd.