PRK: Pas sedia tanding kerusi Jeli, Gua Musang

A
A
A

KOTA BHARU - Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah mendedahkan parti itu sedia bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Jeli dan Gua Musang jika kerusi tersebut dikosongkan oleh Ahli Parlimen daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Difahamkan tindakan itu susulan Bersatu membuat pindaan perlembagaan parti itu pada Sabtu.

Beliau berkata, mengikut maklumat mana-mana ahli yang keluar atau memberi sokongan kepada parti lain akan terlucut jawatan mereka sebagaimana pindaan perlembagaan.

"Proses ini mengambil masa yang agak lama dan kita tidak tahu bila ia akan selesai.

"Namun jika kata berlaku PRK, kita bertandinglah," katanya ketika ditemui selepas perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Yang Kelima Belas Tahun 2024 di Kompleks Kota Darulnaim di sini pada Isnin.

Menurut beliau, bagaimanapun semua itu perlu menunggu keputusan daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) berkait dengan pindaan tersebut.

Sinar Harian melaporkan perhimpunan Agung Khas Bersatu pada Sabtu meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung pelucutan keahlian bagi ahli Parlimen yang menyokong pihak lawan.

Pindaan berkenaan melibatkan tambahan tiga perkara baharu dalam Fasal 10 Perlembagaan Bersatu.

Artikel Berkaitan:

Kelulusan sebulat suara pindaan itu diumumkan Pengerusi Tetap Bersatu, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan kelulusan itu, keahlian ahli parti yang menyokong pihak lawan akan terhenti selepas pindaan Perlembagaan itu diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28