Manchester City raja Derbi Manchester

Haaland dan Foden menjadi antara penjana gol buat City musim ini. - Foto: Agensi
Haaland dan Foden menjadi antara penjana gol buat City musim ini. - Foto: Agensi
A
A
A

PHIL Foden menjaringkan dua gol ketika Manchester City bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Manchester United 3-1 dalam aksi derbi Manchester saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad pada Ahad.

Tiga mata untuk kemenangan ke-19 liga itu membolehkan Manchester City menekan pendahulu Liverpool dengan satu mata memisahkan kedua-dua pasukan.

Erling Haaland turut menjaringkan gol pada masa kecederaan (m-91) untuk meninggalkan saingan kejuaraan kembali terbuka sepenuhnya menjelang kunjungan Manchester City ke Liverpool minggu depan.

Manchester United yang tampil ke Stadium Etihad terlebih dulu bermula garang apabila Marcus Rashford meledak gol seawal minit kelapan bagi membolehkan pelawat memimpin perlawanan.

Foden kemudiannya memastikan City tidak tergelincir dalam perebutan kejuaraan apabila dia menyamakan kedudukan minit ke-56 diikuti penyudah fantastik 10 minit sebelum perlawanan berakhir.

Haaland kemudian menjaringkan gol keenamnya dalam empat perlawanan derbi Liga Perdana Inggeris menentang United itu untuk mata ke-62 selepas mengharungi 27 perlawanan.

Kekalahan liga ke-11 musim ini untuk United menyebabkan anak buah Erik ten Hag ketinggalan 11 mata daripada empat kedudukan teratas dengan baki 11 perlawanan.

Artikel Berkaitan: