Akid kekal permulaan sempurna CP150

Kategori CP 150 diungguli Akid.
Kategori CP 150 diungguli Akid.
A
A
A

PUSINGAN Pertama Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2024 di Litar Jasin, Melaka, kategori CP150 menyaksikan kejayaan pelumba Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Md Akid Aziz yang mengatasi cabaran litar basah dengan mudah sekali gus meraih kemenangan pertama bagi musim ini.

Berikutan cuaca hujan, sesi Super-Pole terpaksa dibatalkan dan pelumba-pelumba CP150 ditempatkan di grid berdasarkan masa lap daripada sesi kelayakan.

Akid Aziz telah memulakan perlumbaan di petak pertama diikuti pelumba Honda Estremo Yuzy Racing, Azroy Hakeem kedua dan pelumba Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Kasma Daniel Kasmayudin ketiga.

Kategori CP125 menjadi milik Md Irfan.
Kategori CP125 menjadi milik Md Irfan.

Akid memimpin kumpulan pelumba disaingi pelumba Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Nazirul Izzat Md Bahauddin diikuti Azroy.

Pada lapan lap terakhir, Azroy berjaya memintas Nazirul manakala Akid terus mendominasi perlumbaan, memasuki empat lap terakhir, Nazirul mengalami masalah jentera dan terpaksa menamatkan perlumbaan.

Pelumba Petronas Sprinta Yamaha - CKJ Racing, Ahmad Afif Amran pada ketika itu mengambil kedudukan.

Artikel Berkaitan:

Antara aksi menarik perlumbaan pusingan pertama di Jasin.
Antara aksi menarik perlumbaan pusingan pertama di Jasin.

Akid konsisten meneruskan perlumbaan tanpa tekanan menamatkan lap terakhir dengan catatan masa 17:17.228s.

"Dengan keputusan hari ini, saya dapat kekalkan momentum dari tahun lepas.

"Saya tidak menjangka dapat menang pada hari ini kerana saya hanya sasarkan kedudukan lima ke atas.

“Lebih-lebih lagi, dengan litar basah di mana kesilapan agak senang berlaku.

"Bagaimanapun, saya agak gembira dengan pencapaian hari ini.

“Untuk perlumbaan akan datang nanti, saya dan pasukan saya akan terus membuat penambahbaikan untuk keputusan yang konsisten,” kata Akid.

Litar basah menguji skil pelumba.
Litar basah menguji skil pelumba.

Azroy mengambil tempat kedua dengan catatan masa 17:20.733s diikuti ketiga Afif dengan catatan masa 17:21.083s.

Kategori CP125 menyaksikan kejutan dilakar pelumba Honda KC Racing, Md Irfan Haykal Amidi yang muncul pemenang memintas juara keseluruhan musim lalu, Md Khairi Asyraf Mahmood dari Jetron Yamaha YYPang Racing Team.

"Pada perlumbaan tadi, saya bermula agak lambat sikit.

"Jentera saya juga memberikan sedikit masalah tetapi saya cuba juga, saya tidak berputus asa.

“Bagi saya, walaupun litar basah agak merbahaya, saya yakin dengan jentera dan kelajuan saya.

"Saya terus cuba untuk kawal jentera dan terus kejar untuk ke depan dan akhirnya saya berjaya,” kata Khairi akur di tempat kedua dengan catatan masa 13:58.755s.

Sementara Syamil pula mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 14:00.595s.

Kategori Wira KBS turut menyajikan aksi mendebarkan dengan Md Akif Abdullah mengesahkan gelaran dengan catatan masa 11:26.101s menghadirkan kemenangan kedua pasukannya, Honda KC Racing.

“Saya tak yakin pun saya boleh menang kerana ini adalah kali pertama saya berlumba dalam cuaca hujan dan saya dapat menang.

"Ini adalah kenangan paling manis bagi saya buat kali pertama membawa nama pasukan dalam kategori Wira KBS dan bawa balik podium,” kata Akif

Tempat kedua milik pelumba Yamaha Estremo 27 Racing, Md Adib Arsyad Md Hisam ( 11:26.333s) manakala pelumba Petronas Sprinta Yamaha - 31 Racing, Farres Putra Md Fadhil ketiga (11:26.648s).

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28