Muamalat Bullets tumbangkan PPTD Patriots di UM Arena

Muamalat Bullets julang kejuaraan kedua berturut-turut.
Muamalat Bullets julang kejuaraan kedua berturut-turut.
A
A
A

BANK Muamalat Bullets muncul juara Corporate Super Rugby kali kedua berturut-turut setelah menewaskan Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) Patriots 21-9 di UM Arena, Universiti Malaya.

Pasukan PPTD Patriots membuka jaringan mata menerusi sepakan penalti dari jarak 50 meter yang disempurnakan oleh ‘flyhalf’ kebangsaan Muhammad Nazreen Fitri, sebelum Muamalat Bullets mendapatkan ‘try’ pertama menerusi Amirul Mukminin.

Nazreen menggandakan mata buat Patriots menerusi dua sepakan penalty padu, namun usaha tersebut disekat Bullets menerusi dua ‘try’ oleh pemain kebangsaan, Muhammad Azwan Zuwairi dan Mohamad Sofian Kamil, disusuli sepakan ‘conversion’ yang sempurna Muhammad Faris Pead dan Muhamad Amirul Aqil.

Pemain Muamalat Bullets cuba melepasi pertahanan PPTD Patriots dalam perlawanan tersebut.
Pemain Muamalat Bullets cuba melepasi pertahanan PPTD Patriots dalam perlawanan tersebut.

Pasukan Bank Muamalat Bullets membawa pulang wang kemenangan RM15,000 selaku juara, manakala PPTD Patriots memperoleh RM10,000 sebagai naib juara.

Kemenangan tersebut menyaksikan Muamalat Bullets menjulang kejuaraan buat kali kedua, selepas memenanginya pada edisi terakhir kejohanan pada 2022.

Corporate Super Rugby dianjurkan Enervive Sports merupakan sebuah kejohanan ragbi 15 sebelah peringkat kebangsaan yang menampilkan pasukan-pasukan korporat dan badan kerajaan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!