Warga emas ditemukan maut dalam tandas pasar

Polis memeriksa tempat kejadian warga emas ditemukan maut di dalam sebuah tandas di Pasar Pokok Pinang di Kota Bharu pada Sabtu.
Polis memeriksa tempat kejadian warga emas ditemukan maut di dalam sebuah tandas di Pasar Pokok Pinang di Kota Bharu pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang warga emas ditemukan maut di dalam sebuah tandas di Pasar Pokok Pinang di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan berhubung perkara tersebut pada jam 8.43 malam.

"Hasil pemeriksaan polis di tempat kejadian mendapati seorang lelaki berumur 67 tahun telah terbaring tidak sedarkan diri disyaki telah meninggal dunia.

"Siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur jenayah ke atas mayat mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II bagi tujuan bedah siasat.

Ujarnya, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Mohd Rosdi memberitahu, orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menghormati privasi keluarga mangsa.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: